Keperluan pendaftaran wakaf bagi menangani risiko Syariah dalam pelaksanaan istibdal wakaf

Authors

  • Farhana Mohamad Suhaimi Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Muhamad Firdaus Ab Rahman Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Shuhaida Salleh Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Aida Amirah Badiuzzamani Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords:

wakaf, istibdal, syariah, risiko, pengurusan wakaf

Abstract

Istibdal wakaf merupakan satu mekanisme dalam pengurusan wakaf bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan fungsi sosial dan ekonomi wakaf. Pelaksanaan istibdal boleh terdedah kepada risiko, khususnya dari sudut Syariah. Kemungkinan berlakunya risiko seperti gantian tidak dapat dimanfaatkan selaras dengan tujuan dan syarat waqif, penilaian mawquf yang tidak adil dan telus, termasuk dalam mempertimbangkan maslahat ummah, serta pelaksanaan wakaf gantian yang memakan masa dan tidak setanding dengan yang asal. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis risiko Syariah dalam pelaksanaan istibdal wakaf dan mencadangkan penambahbaikan ke arah pematuhan Syariah yang lebih menyeluruh. Pelaksanaan istibdal wakaf menjadi mekanisme alternatif bagi meningkatkan keberkesanan wakaf yang tidak dapat dimanfaatkan atau wujudnya keperluan (hajat) atau maslahah yang lebih utama. Risiko syariah yang wujud perlu diurus melalui kawal selia dan garis panduan yang jelas. Penglibatan aktif institusi fatwa juga memastikan pelaksanaan istibdal wakaf patuh Syariah dan selaras dengan maqasid wakaf.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-12

How to Cite

Mohamad Suhaimi, F., Ab Rahman, M. F., Salleh, S., & Badiuzzamani, A. A. (2026). Keperluan pendaftaran wakaf bagi menangani risiko Syariah dalam pelaksanaan istibdal wakaf. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 907–918. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4286