Kajian rintis instrumen e-modul projek lakonan bertema haiwan berasaskan pembelajaran projek untuk menilai kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Inggeris murid prasekolah.

Authors

  • Kalaiarasi Arumugam Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Malaysia
  • Nor Mashitah Mohd Radzi Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Malaysia

Keywords:

Kajian rintis, kebolehpercayaan instrumen, e-Modul, projek Lakonan Bertema Haiwan, kemahiran mendengar dan bertutur, pendidikan, Pembelajaran Berasaskan Projek, strategi lakonan

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai kebolehpercayaan instrumen e-Modul Projek Lakonan Bertema Haiwan yang berasaskan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan aktiviti dramatik berfokuskan lakonan untuk menyokong pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Kajian rintis ini menggunakan reka bentuk needs analysis melibatkan 45 guru prasekolah sebagai responden. Instrumen merangkumi empat konstruk utama iaitu: pengetahuan guru, cabaran guru, keperluan pembangunan modul, dan cadangan guru terhadap modul. Analisis kebolehpercayaan menggunakan Cronbach’s Alpha menunjukkan nilai keseluruhan .92, manakala setiap konstruk mencatat nilai antara .88 hingga .93, menandakan kestabilan dan ketekalan dalaman yang tinggi. Dapatan kajian rintis ini mengesahkan bahawa instrumen adalah sah, konsisten, dan sesuai digunakan dalam kajian skala penuh. Hasil kajian memberikan asas empirikal bagi pembangunan intervensi pedagogi yang menggabungkan PBP, strategi lakonan, dan e-Modul untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur kanak-kanak prasekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-14

How to Cite

Arumugam, K., & Mohd Radzi, N. M. (2026). Kajian rintis instrumen e-modul projek lakonan bertema haiwan berasaskan pembelajaran projek untuk menilai kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Inggeris murid prasekolah . Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(84), 470–477. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4284