Transformasi pengajian dakwah digital dalam memperkukuh model pencegahan holistik gejala LGBT remaja di Selangor

Authors

  • Noor Hafizah Mohd Haridi Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor (UIS), 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
  • Ahmad Munawar Ismail Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

dakwah digital, pencegahan holistik, remaja, LGBT, Fuzzy Delphi, pendidikan Islam

Abstract

Transformasi pendidikan di era digital telah mengubah landskap pengajian dakwah daripada pendekatan konvensional kepada bentuk penyampaian yang lebih interaktif, terbuka dan berasaskan teknologi. Dalam masa yang sama, peningkatan pengaruh gejala sosial berkaitan identiti seksual dalam kalangan remaja menuntut pendekatan pencegahan yang lebih menyeluruh dan responsif terhadap perubahan persekitaran digital. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis peranan transformasi pengajian dakwah digital dalam memperkukuh Model Pencegahan Holistik terhadap pengaruh gejala LGBT dalam kalangan remaja di Selangor. Kajian menggunakan reka bentuk Design and Development Research (DDR) yang melibatkan analisis keperluan, reka bentuk model dan penilaian kebolehgunaan, manakala kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM) digunakan bagi mendapatkan kesepakatan pakar terhadap komponen serta elemen model. Dapatan kajian menunjukkan bahawa integrasi dakwah digital berasaskan nilai Islam berupaya memperkukuh empat komponen utama pencegahan holistik, iaitu individu, keluarga, komuniti dan kerajaan, melalui pengukuhan jati diri, literasi digital beretika, sokongan psikososial serta intervensi pendidikan bersepadu. Kajian ini mencadangkan kerangka dakwah digital holistik sebagai strategi pencegahan awal yang relevan dengan realiti sosial semasa dan berpotensi menyumbang kepada pembangunan dasar, modul intervensi serta inovasi pendidikan Islam berasaskan teknologi di peringkat negeri. Secara keseluruhannya, transformasi pengajian dakwah digital berperanan signifikan dalam memperkukuh daya tahan remaja Muslim terhadap cabaran identiti seksual kontemporari melalui pendekatan yang bersepadu, kontekstual dan berteraskan maqāṣid syariah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-10

How to Cite

Mohd Haridi, N. H., & Ismail, A. M. (2026). Transformasi pengajian dakwah digital dalam memperkukuh model pencegahan holistik gejala LGBT remaja di Selangor. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(84), 408–415. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4275