Pembangunan dan pengesahan instrumen keperluan guru bagi pengintegrasian kecerdasan buatan dalam pentaksiran formatif

Authors

  • Rahmatan Kamarudin Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah
  • Denis Andrew D Lajium Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Kecerdasan Buatan, Pentaksiran Formatif, Keperluan Guru, Model Rasch, TPACK, TAM

Abstract

Pengintegrasian kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) dalam pentaksiran formatif semakin menjadi keutamaan dalam transformasi pendidikan abad ke-21. Walau bagaimanapun tahap keperluan dan kesediaan guru terhadap penggunaannya masih belum difahami secara menyeluruh. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti keperluan guru terhadap pengintegrasian AI dalam pentaksiran formatif melalui pembangunan dan pengesahan satu instrumen pengukuran. Instrumen ini dibangunkan berasaskan gabungan kerangka Technology Acceptance Model (TAM) dan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK), melibatkan konstruk pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan persepsi. Kajian tinjauan melibatkan 228 guru sekolah menengah dan data dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch. Dapatan menunjukkan bahawa instrumen yang dibangunkan mempunyai ciri psikometrik yang memuaskan serta berupaya memetakan variasi keperluan guru terhadap penggunaan AI dalam pentaksiran formatif. Implikasi kajian menekankan kepentingan perancangan latihan profesionalisme guru yang berasaskan keperluan serta pembangunan strategi pelaksanaan AI yang lebih sistematik dalam pendidikan. Kajian ini menyediakan asas empirikal bagi menyokong transformasi pentaksiran berasaskan AI dalam konteks pendidikan sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-30

How to Cite

Kamarudin, R., & Lajium , D. A. D. (2026). Pembangunan dan pengesahan instrumen keperluan guru bagi pengintegrasian kecerdasan buatan dalam pentaksiran formatif. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 805–823. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4234