Wakaf zurri: Analisis perundangan dan cadangan model musytarak bertempoh berasaskan maqasid al-Shariah

Authors

  • Muhammad Ismail Samsudin Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor, Malaysia
  • Nurul Zamratul Asyikin Ahmad Marketing/ Faculty of Business Management, Universiti Teknologi MARA, Alor Gajah and 78000, Melaka, Malaysia
  • Hainnuraqma Rahim Economy/ Faculty of Business Management, Universiti Teknologi MARA, Alor Gajah and 78000, Melaka, Malaysia
  • Ajwad Abqari Ikbal Zahin Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor, Malaysia

Keywords:

Waqaf Zurri, Tadbir Urus Wakaf, Kewangan Islam Kontemporari

Abstract

Waqaf zurri merupakan instrumen wakaf yang memperuntukkan manfaat kepada ahli keluarga sebelum disalurkan kepada kepentingan umum. Dalam konteks kontemporari, pelaksanaannya menimbulkan pelbagai kontroversi, khususnya berkaitan keselarasan dengan prinsip maqasid al-shariah, keadilan agihan, serta kelemahan tadbir urus dalam industri kewangan Islam. Literatur menunjukkan wujud jurang antara keharusan dalam fiqh klasik dan realiti semasa yang mempersoalkan keberkesanan serta ketelusan pelaksanaannya. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep dan justifikasi hukum waqaf zurri berdasarkan perspektif fiqh klasik dan kontemporari, mengenal pasti serta menilai kontroversi pelaksanaannya dalam industri kewangan Islam, dan mencadangkan model konseptual waqaf zurri yang selari dengan prinsip maqasid al-shariah serta keperluan semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif-analitik melalui kaedah kajian kepustakaan dan analisis kandungan tematik dengan meneliti karya fiqh turath, enakmen wakaf enam negeri terpilih, artikel jurnal berindeks, serta laporan institusi wakaf. Dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada enam negeri yang dikaji, hanya Perak yang memperuntukkan wakaf zurri secara eksplisit, manakala Melaka dan Negeri Sembilan langsung tiada peruntukan khusus, mencerminkan jurang perundangan yang ketara dan mendesak untuk diselaraskan. Selain itu, tiga jurang utama telah dikenal pasti antara pandangan fuqaha dan peruntukan undang-undang, iaitu berkaitan kekekalan wakaf, skop benefisiari, dan had generasi. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan model Wakaf Zurri Musytarak Bertempoh berasaskan maqasid al-shariah dengan agihan 90% manfaat kepada keluarga selama dua generasi sebelum disalurkan sepenuhnya kepada wakaf am, integrasi dengan instrumen kewangan Islam kontemporari, serta tiga cadangan dasar khusus kepada penggubal polisi. Kesimpulannya, wakaf zurri berpotensi besar sebagai instrumen sosioekonomi strategik umat Islam sekiranya distrukturkan secara sistematik melalui garis panduan yang komprehensif, penyeragaman perundangan antara negeri, dan kerangka tadbir urus yang jelas bagi mengoptimumkan pelaksanaannya dalam konteks semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-20

How to Cite

Samsudin, M. I., Ahmad, N. Z. A., Rahim, H., & Ikbal Zahin, A. A. (2026). Wakaf zurri: Analisis perundangan dan cadangan model musytarak bertempoh berasaskan maqasid al-Shariah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 589–606. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4187