Teori pengajaran dan pembelajaran serta kepentingannya kepada guru pada masa kini: Satu ulasan

Authors

  • Ahmad Mujahideen Yusoff Pensyarah Darul Quran MAIK dan mantan pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Keywords:

Teori Pembelajaran, Teori Pengajaran, Amalan Pedagogi, Profesionalisme Guru, Pendidikan Abad ke-21

Abstract

Teori pengajaran dan pembelajaran merupakan asas penting dalam membentuk amalan pedagogi yang efektif dan relevan dalam pendidikan abad ke-21. Namun begitu, terdapat segelintir guru pada masa kini yang masih kurang jelas tentang teori-teori pengajaran dan pembelajaran serta kepentingannya kepada guru. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis secara kritikal teori-teori utama pengajaran dan pembelajaran iaitu behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, humanistik dan connectivisme serta kepentingannya kepada guru pada masa kini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui sorotan literatur sistematik terhadap sumber jurnal berimpak tinggi, buku akademik dan kajian terkini. Dapatan menunjukkan bahawa setiap teori menawarkan perspektif berbeza tentang proses pengajaran dan pembelajaran, namun integrasi pelbagai teori mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penguasaan teori membantu guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran, memahami kepelbagaian murid serta mengadaptasi strategi pedagogi berasaskan teknologi. Kajian ini mencadangkan pendekatan integratif dan kontekstual sebagai asas kepada amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-20

How to Cite

Yusoff , A. M. (2026). Teori pengajaran dan pembelajaran serta kepentingannya kepada guru pada masa kini: Satu ulasan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 556–568. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4181