Dialog kehidupan mualaf India: Dari mengenal Islam kepada memperkenalkan Islam melalui sambutan perayaan
Keywords:
mualaf India, dialog kehidupan, mengenal, memperkenalkan, sambutan perayaanAbstract
Artikel ini membincangkan pengalaman dialog kehidupan komuniti mualaf berbangsa India dalam mengenal dan memahami agama Islam. Selanjutnya melihat pengalaman dialog kehidupan mereka setelah memeluk agama Islam khususnya dalam melibatkan diri dalam perayaan asal. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan temu bual separa struktur dilakukan ke atas tujuh orang mualaf India. Hasil kajian mendapati kebanyakan mualaf India mengenal Islam melalui pengalaman dialog kehidupan yakni pergaulan dengan rakan Muslim. Manakala pengalaman dialog kehidupan mualaf India dengan keluarga asal bukan Muslim dalam sambutan perayaan asal dibatasi dengan syariat dan akidah Islam. Pengalaman penglibatan dialog kehidupan komuniti mualaf India dalam sambutan perayaan asal sedikit sebanyak mampu membetulkan salah faham keluarga asal, mengeratkan hubungan kekeluargaan selain memperkenalkan kebenaran aspek-aspek yang menyentuh agama Islam dan masyarakatnya yang selama ini ini dilihat kabur oleh komuniti bukan Muslim. Artikel ini mencadangkan pendekatan praktikal bagi institusi agama, NGO, dan pembuat dasar untuk memperkukuh dialog kehidupan sebagai mekanisme integrasi dan keharmonian sosial khususnya dalam kelompok sesama etnik tetapi berbeza agama.










