Istilah ta'āyush sebagai konsep keutuhan sosial: Satu analisis semantik
Keywords:
Ta‘āyush, Semantik Arab, Keutuhan sosial, Fiqh Sosial, Negara BangsaAbstract
Makalah ini membincangkan istilah ta‘āyush sebagai satu konsep yang berpotensi membentuk kerangka keutuhan sosial dalam masyarakat majmuk. Kajian ini meneliti asal usul istilah ta‘āyush daripada akar kata Arab عاش yang membawa makna kehidupan dan kebersamaan hidup. Analisis semantik dilakukan terhadap perkembangan makna kata daripada aspek morfologi dan penggunaannya dalam wacana sosial Islam kontemporari. Selain itu, makalah ini turut meneliti kedudukan konsep ta‘āyush dalam kerangka fiqh sosial serta hubungannya dengan konsep-konsep lain seperti toleransi, tasāmuh, ta‘āruf dan muwāṭanah. Kajian ini mendapati bahawa konsep ta‘āyush mempunyai keupayaan untuk menjadi asas pembinaan keutuhan sosial dalam konteks negara bangsa moden kerana ia menekankan unsur hidup bersama secara harmoni tanpa menghapuskan identiti kelompok yang berbeza. Konsep ini juga mampu diaplikasikan dalam pengurusan hubungan antara golongan majoriti, minoriti dan golongan kelainan upaya demi membentuk masyarakat yang inklusif dan sejahtera.










