Pendidikan akidah sebagai asas permufakatan dalam sambutan perayaan saudara baru

Authors

  • Qurratu Aini Zulfikri Universiti Teknologi Mara (UiTM), Terengganu, Malaysia
  • Azarudin Awang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Terengganu, Malaysia
  • Azman Che Mat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Terengganu, Malaysia
  • Mohd Marbawi Taha Universiti Teknologi Mara (UiTM), Terengganu, Malaysia
  • Izra Hassan Universiti Al-Azhar, Mesir

Keywords:

Akidah, Sambutan Perayaan, Keharmonian, Komuniti Saudara Baru, Islam

Abstract

Setiap agama mempunyai perayaan tersendiri yang melibatkan adat dan amalan keagamaan. Dalam Islam, umatnya dilarang meniru atau menyertai perayaan agama lain yang boleh menjejaskan akidah. Bagi saudara baru, cabaran timbul apabila mereka masih berinteraksi dengan keluarga bukan Islam dalam konteks sambutan perayaan. Sehubungan itu, kajian ini meneliti peranan akidah dalam membimbing sambutan perayaan serta kesannya terhadap keharmonian komuniti saudara baru. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kepustakaan dan temu bual separa berstruktur terhadap lima orang mualaf yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data dianalisis secara tematik bagi mengenal pasti aspek kefahaman akidah, cabaran sambutan perayaan dan interaksi sosial. Dapatan menunjukkan bahawa kefahaman akidah yang mantap membantu saudara baru menyambut perayaan selaras dengan ajaran Islam tanpa menjejaskan hubungan sosial. Selain itu, pendidikan akidah dan sokongan komuniti turut menyumbang kepada pembentukan permuafakatan dan keharmonian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-20

How to Cite

Zulfikri, Q. A., Awang, A., Che Mat, A., Taha, M. M., & Hassan, I. (2026). Pendidikan akidah sebagai asas permufakatan dalam sambutan perayaan saudara baru. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 427–435. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4170