Faktor kefahaman pelajar dalam memahami silibus pembelajaran bahasa asing di Malaysia

Authors

  • Mohammad Syukri Jalil Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu
  • Azarudin Awang Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu
  • Mohd Ariff Mohd Daud Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu
  • Mohamad Rofian Ismail Akademi Pengajian Bahasa dan Undang-Undang (APB) Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu

Keywords:

Kefahaman, silibus pembelajaran, bahasa asing

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor kefahaman pelajar terhadap penggunaan bahasa asing dalam silibus pembelajaran. Aspek dimensi faktor kefahaman merangkumi keberkesanan, pemerkasaan, sokongan, cabaran dan sikap. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan faktor kefahaman pelajar berdasarkan data yang dikumpulkan melalui kajian lepas. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif termasuk menghuraikan lima dimensi yang diambil dalam kajian lepas iaitu keberkesanan, pemerkasaan, sokongan, cabaran dan sikap. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis kandungan. Oleh itu, dicadangkan agar pihak berkepentingan seperti Kementerian Pengajian Tinggi perlu menilai semula silibus pengajian Islam yang diajar dalam bahasa Inggeris bagi melihat kesan langsung terhadap tahap pemahaman pelajar. Selain itu, universiti khususnya fakulti pengajian bahasa perlu menilai semula keperluan subjek yang akan diajar dalam Bahasa Asing dengan meletakkan peratusan yang seimbang berbanding Bahasa Melayu dan Bahasa Asing. Hal ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar serta membolehkan mereka menguasai bidang pengajian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-20

How to Cite

Jalil, M. S., Awang, A., Mohd Daud, M. A., & Ismail, M. R. (2026). Faktor kefahaman pelajar dalam memahami silibus pembelajaran bahasa asing di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 409–416. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4168