Tinjauan awal terhadap strategi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mengekalkan keharmonian agama saudara baru

Authors

  • Abdul Ghani Siti Muliani Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Terengganu Kampus Dungun, Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu Malaysia.
  • Azarudin Awang Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Terengganu Kampus Dungun, Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu Malaysia.
  • Hamizah Muhammad Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Terengganu Kampus Dungun, Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu Malaysia.
  • Mohd Ariff Mohd Daud Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Terengganu Kampus Dungun, Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu Malaysia.

Keywords:

Strategi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Keharmonian Agama, Tinjauan Awal

Abstract

Penubuhan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) menjadi langkah besar ke hadapan untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) lebih aktif melaksanakan program berteraskan nilai-nilai keagamaan demi meningkatkan keharmonian dalam kepelbagaian agama. JAKIM berperanan sebagai wakil badan kerajaan yang berwibawa bagi Islam, memperjuangkan agama dengan tujuan memupuk persefahaman bersama masyarakat agama lain. Namun, kajian empirikal mengenai strategi khusus untuk saudara baru masih terhad. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan dan strategi JAKIM, dalam mengekalkan keharmonian agama secara seimbang dalam kalangan saudara baru di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian kepustakaan melalui dokumen JAKIM yang berkaitan dengan subjek tersebut dan dapatan kajian lepas seperti buku, artikel jurnal dan kertas persidangan untuk tempoh lima tahun terkini. Semua data kemudiannya dianalisis secara deskriptif kepada beberapa tema. Hasil kajian mendapati bahawa JAKIM telah lama bergiat aktif melaksanakan pelbagai strategi program yang baik kepada saudara baru. Strategi tersebut berjaya mencapai matlamat yang digariskan dalam agama Islam iaitu penekanan dalam aspek digital, pendidikan, sosioekonomi, kebajikan, perundangan dan hak yang sewajarnya. Kajian ini menyokong usaha kolaboratif dan penambahbaikan dasar negara untuk memastikan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama yang lebih inklusif dalam konteks Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-20

How to Cite

Siti Muliani, A. G., Awang, A., Muhammad, H., & Mohd Daud, M. A. (2026). Tinjauan awal terhadap strategi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mengekalkan keharmonian agama saudara baru. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 384–399. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4166