Pembangunan model transaksi e-dagang patuh Syariah berasaskan rukun jual beli

Authors

  • Roshaimizam Suhaimi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
  • Hisyam Mohd Radzi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
  • ‘Imaaduddin Abdul Halim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
  • Muhammad Che Saad Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
  • Dahlan Abdullah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan , Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
  • Saiful Nizam Warris Jabatan Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Malaysia

Keywords:

Bayn al-gha’ibin, Majlis akad, Rukun akad, Gharar, Tawaran dan Penerimaan

Abstract

Perkembangan dan kepesatan pasaran e-dagang atau jual beli dalam talian tidak dapat diketepikan dalam situasi semasa hari ini. Kecanggihan dunia teknologi dan komunikasi menjadi pemangkin kepada kerancakan pasaran e-dagang di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Pasar digital telah menjadi satu kaedah terbaik dan produktif bagi aktiviti jual beli di serata dunia hari ini. E-dagang adalah aktiviti jual beli yang biasa dilakukan melainkan kaedah sahaja yang berlainan kerana dilakukan secara dalam talian melalui rangkaian internet. Memandangkan e-dagang tertakluk juga kepada prinsip asas aktiviti jual beli, maka menurut persektif fiqh ianya tertakluk juga kepada rukun jual beli menurut fiqh muamalat. Kajian ini dijalankan dengan tujuan membangunkan satu kerangka asas bagi pembangunan model transaksi e-dagang patuh syariah dengan menjadikan rukun jual beli menurut fiqh sebagai landasan utama teorinya. Selain itu, teori dan model lain yang berhubungan juga dianalisis seperti syarat-syarat jual beli, akad al-salam dan Model SCE. Berteraskan prinsip-prinsip tersebut maka kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan membuat penelitian terhadap sumber-sumber primer dan sekunder bagi menyokong teori-teori yang dibincangkan. Oleh itu, hasil akhir kajian telah mencadangkan satu kerangka model dengan teras penting yang mendasarinya bagi membangunkan satu model transaksi e-dagang patuh syariah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-16

How to Cite

Suhaimi, R., Mohd Radzi, H., Abdul Halim, ‘Imaaduddin, Che Saad, M., Abdullah, D., & Warris, S. N. (2026). Pembangunan model transaksi e-dagang patuh Syariah berasaskan rukun jual beli. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 344–357. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4163