Pengaruh kepimpinan lestari guru besar terhadap amalan komuniti pembelajaran profesional guru sekolah rendah di Kuala Lumpur
Keywords:
Kepimpinan Lestari, Komuniti Pembelajaran Profesional, Pengaruh, Guru Besar.Abstract
Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya organisasi yang menyokong pembangunan profesional guru. Kajian ini dijalankan untuk meneliti pengaruh kepimpinan lestari guru besar terhadap amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) guru sekolah rendah di Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan keratan rentas melibatkan seramai 380 orang guru sekolah rendah di Kuala Lumpur yang dipilih melalui kaedah pensampelan rawak mudah. Data kajian ini dianalisis menggunakan SPSS versi 27.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan lestari guru besar dan Tahap amalan PLC guru berada pada tahap tinggi. Seterusnya, analisis regresi stepwise membuktikan bahawa lima dimensi kepimpinan lestari menjadi peramal signifikan terhadap amalan PLC.










