Hubungan kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan di negeri Sarawak

Authors

  • Dayang Hironi Awang Kipli Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan, Kompleks Pendidikan Nilai, 71760, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Khalip Musa Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Kepimpinan distributif, kepuasan kerja, guru, sekolah menengah kebangsaan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kepimpinan distributif pengetua serta hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah kebangsaan di Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan 378 orang guru yang dipilih melalui teknik persampelan ra wak berstrata dan rawak mudah daripadasekolah menengah yang berada dibawah pentadbiran 30 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sarawak. Instrumen kajian terdiri daripada Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) bagi mengukur kepimpinan distributif dan Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) bagi mengukur kepuasan kerja guru. Analisis deskriptif mendapati tahap kepimpinan distributif berada pada tahap tinggi (M=4.27, SP=0.56), manakala tahap kepuasan kerja guru juga tinggi (M=4.19, SP=0.52). Analisis korelasi Spearman menunjukkan wujud hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara kepimpinan distributif dan kepuasan kerja (r=.598, p<.001). Dapatan kajian merumuskan bahawa amalan kepimpinan distrubutif pengetua mempunyai hubungan yang signifikan pada tahap sederhana dengan kepuasan kerja guru. Implikasi kajian membuktikan bahawa amalan kepimpinan distibutif pengetua berupaya mempengaruhi kepuasan kerja guru, dimana ia secara langsung boleh menyumbang kepada keberkesanan sekolah dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-11

How to Cite

Awang Kipli, D. H., & Musa, K. (2026). Hubungan kepimpinan distributif dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan di negeri Sarawak. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 211–221. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4147