Cabaran dan strategi pengurusan pengetahuan dalam era pendigitalan hospital awam di Malaysia

Authors

  • Ritta David Hospital Sungai Buloh, Selangor & Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mahaliza Mansor Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Pengurusan Pengetahuan, Hospital Awam, Pendigitalan, Cabaran, Strategi, Penjagaan Kesihatan

Abstract

Pengurusan pengetahuan merupakan komponen yang signifikan dalam memperkukuh daya saing serta kecekapan organisasi kesihatan awam, khususnya dalam era pendigitalan yang berkembang pesat. Kajian ini bersifat konseptual menggunakan pendekatan tinjauan literatur sistematik berpandukan PRISMA dan dianalisis melalui kerangka Model SECI (Socialization, Externalization, Combinatuion, Internalization). Kajian menumpukan terhadap penerokaan cabaran serta merangka strategi pelaksanaan pengurusan pengetahuan dalam konteks hospital awam di Malaysia. Analisis daripada kajian lepas mengenalpasti cabaran utama termasuk kekurangan kemahiran digital, budaya silo, keterbatasan teknologi, ancaman keselamatan siber dan ketiadaan stuktur kepimpinan digital. Strategi berkesan turut dibincangkan termasuk pemerkasaan budaya perkongsian ilmu, penggunaan teknologi secara strategik, pelantikan pegawai pengetahuan digital, pendigitalan tacit knowledge serta pemantauan berasaskan Key Performance Indicator (KPI). Implikasi teori, amalan dan dasar turut diketengahkan sebagai panduan kepada penggubal dasar, pengurusan hospital dan pihak berkepentingan.  Kajian ini menegaskan bahawa pengurusan pengetahuan digital merupakan pemacu penting dalam transformasi sistem penjagaan kesihatan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-11

How to Cite

David, R., & Mansor, M. (2026). Cabaran dan strategi pengurusan pengetahuan dalam era pendigitalan hospital awam di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 131–143. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4141