Hukum-hakam solat berjemaah di tempat selain masjid berdasarkan mazhab al-Shāfiʿī
DOI:
https://doi.org/10.55573/JISED.118790Keywords:
Congregational Prayer; Shāfiʿī Madhhab; Islamic Jurisprudence; Rābiṭah; Friday Prayer; Mosque Administration; Surau; Musolla; Imam-Maʾmūm Relationship; Islamic WorshipAbstract
Solat berjemaah merupakan salah satu syiar utama Islam yang dituntut pelaksanaannya dalam kehidupan masyarakat Muslim. Seiring dengan pertambahan penduduk dan peningkatan keperluan ruang ibadah, pelaksanaan solat berjemaah dan Solat Jumaat di tempat selain masjid seperti surau dan musolla semakin meluas, khususnya di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, pelaksanaan tersebut menimbulkan beberapa persoalan fiqh berkaitan kesahan hubungan antara imam dan makmum, terutama apabila jemaah berada di luar dewan solat utama, di bangunan yang berasingan atau pada aras yang berbeza. Kajian ini bertujuan menjelaskan syarat-syarat sah solat berjemaah di tempat selain masjid menurut mazhab al-Shāfiʿī serta menganalisis aplikasinya dalam konteks semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kepustakaan dengan meneliti sumber-sumber primer mazhab al-Shāfiʿī seperti Fatḥ al-Wahhāb, Asnā al-Maṭālib, Nihāyat al-Muḥtāj dan Sabīl al-Muhtadīn. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan bagi mengenal pasti prinsip-prinsip fiqh yang berkaitan dengan hubungan imam dan makmum dalam solat berjemaah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa solat berjemaah di tempat selain masjid adalah sah selagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh fuqahāʾ al-Shāfiʿiyyah, antaranya kewujudan keterikatan antara imam dan makmum, jarak yang tidak melebihi had yang dibenarkan, ketiadaan penghalang yang menjejaskan hubungan jemaah serta pematuhan terhadap syarat-syarat rābiṭah apabila diperlukan. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih sistematik terhadap hukum-hakam solat berjemaah di surau dan musolla serta dapat dijadikan rujukan dalam pengurusan ruang ibadah dan pelaksanaan Solat Jumaat di luar masjid pada masa kini.
Downloads
References
Abdul Rahman. (1969). Pedoman sembahyang berjemaah. Pondok Lubuk Tapah.
Abū al-ʿAbbās, Shihāb al-Dīn Aḥmad ibn al-Naqīb. (2011). ʿUmdat al-sālik wa ʿuddat al-nāsik. al-Maktabah al-ʿAṣriyyah.
Abū Dāwūd, Sulaymān ibn al-Ashʿath. (2013). Sunan Abī Dāwūd. Muʾassasat al-Risālah Nāshirūn.
Akbar, F., Nur, C., & Izza, F. A. M. (2024). Batasan waktu pelaksanaan salat jenazah di area pemakaman dalam perspektif fikih ibadah. AL-QIBLAH: Jurnal Studi Islam dan Bahasa Arab. https://doi.org/10.36701/qiblah.v3i6.1835
Al-Anṣārī, Zakariyyā. (2001). Asnā al-maṭālib sharḥ Rawḍ al-ṭālib. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Al-Anṣārī, Zakariyyā. (2014). Tuḥfat al-ṭullāb bi sharḥ Taḥrīr Tanqīḥ al-lubāb. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Al-Anṣārī, Zakariyyā. (2017). Fatḥ al-Wahhāb bi sharḥ Manhaj al-ṭullāb. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Al-ʿAsqalānī, Aḥmad ibn ʿAlī. (1998). Al-Maṭālib al-ʿāliyyah bi zawāʾid al-masānīd al-thamāniyyah. Dār al-ʿĀṣimah.
Al-Banjārī, Muḥammad Arshad ibn ʿAbd Allāh. (2019). Sabīl al-muhtadīn li al-tafaqquh fī amr al-dīn. Khazanah Fathaniyyah.
Al-Bindanī, Mohd Hazri Hasyim. (2019). Memperhalusi hukum-hakam solat berjemaah. Galeri Ilmu.
Al-Bujayrimī, Sulaymān. (2011). Ḥāshiyat al-Bujayrimī ʿalā sharḥ Manhaj al-ṭullāb. Sharikat Dār al-Mashārīʿ li al-Ṭibāʿah wa al-Nashr wa al-Tawzīʿ.
Al-Dimyāṭī, Abū Bakr ʿUthmān ibn Muḥammad. (1995). Iʿānat al-ṭālibīn ʿalā ḥall alfāẓ Fatḥ al-muʿīn. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Al-Fayyūmī, Aḥmad ibn Muḥammad ibn ʿAlī al-Muqriʾ. (2010). Al-Miṣbāḥ al-munīr. Maktabat Lubnān.
Al-Ghazālī, Abū Ḥāmid Muḥammad ibn Muḥammad. (1997). Al-Wajīz fī fiqh al-Imām al-Shāfiʿī. Dār al-Arqam ibn Abī al-Arqam.
Al-Ḥabashī, ʿAbd al-ʿAzīz ibn Ibrāhīm al-Rayyi. (2018). Iẓhār al-ifādāt. Sharikat Dār al-Mashārīʿ li al-Ṭibāʿah wa al-Nashr wa al-Tawzīʿ.
Al-Ḥaḍramī, ʿAbd Allāh ibn Ḥusayn. (2013). Sullam al-tawfīq ilā maḥabbat Allāh ʿalā al-taḥqīq. Sibt al-Jīlānī.
Al-Hararī, ʿAbd Allāh. (2022). Bughyat al-ṭālib. Sharikat Dār al-Mashārīʿ li al-Ṭibāʿah wa al-Nashr wa al-Tawzīʿ.
Al-Haytamī, Ibn Ḥajr Shihāb al-Dīn Aḥmad ibn Muḥammad. (2000). Al-Minhāj al-qawīm sharḥ al-Muqaddimah al-ḥaḍramiyyah. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Al-Haytamī, Ibn Ḥajr Shihāb al-Dīn Aḥmad ibn Muḥammad. (2018). Al-Fatāwā al-kubrā al-fiqhiyyah ʿalā madhhab al-Imām al-Shāfiʿī. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Al-Malībārī, Aḥmad ibn ʿAbd al-ʿAzīz. (2004). Fatḥ al-muʿīn bi sharḥ Qurrat al-ʿayn. Dār Ibn Ḥazm li al-Ṭibāʿah wa al-Nashr wa al-Tawzīʿ.
Al-Qāḍī, Samīr Muḥammad Sulaymān, & Saqr, Nusaybah. (2016). ʿUmdat al-rāghib fī mukhtaṣar Bughyat al-ṭālib. Sharikat Dār al-Mashārīʿ li al-Ṭibāʿah wa al-Nashr wa al-Tawzīʿ.
Al-Ramlī, Shams al-Dīn Muḥammad ibn Aḥmad ibn Ḥamzah. (2003). Nihāyat al-muḥtāj ilā sharḥ al-minhāj wa maʿahu Ḥāshiyat al-Shabramallisī wa Ḥāshiyat al-Maghribī al-Rashīdī (8 vols.). Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Al-Rānīrī, Nūr al-Dīn. (2018). Al-Sirat al-Mustaqim: Kitab al-Taharah dan al-Salah (J. Hashim, H. Mohd, Z. Mohd Yusoff, & E. I. Engku Ibrahim, Eds.). Penerbit UniSZA.
Bā Faḍl, ʿAbd Allāh ibn ʿAbd al-Raḥmān. (2020). Al-Muqaddimah al-ḥaḍramiyyah. Dār al-Minhāj.
Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor. (n.d.). Senarai surau solat Jumaat. https://e-masjid.jais.gov.my/
Hasibuan, E. M., & Yusram, M. (2020). Hukum salat berjemaah di masjid dengan saf terpisah karena wabah. Bustanul Fuqaha, 1(2), 106–124. https://doi.org/10.36701/bustanul.v1i2.139
Ibn Mājah, Abū ʿAbd Allāh Muḥammad ibn Yazīd. (2009). Sunan Ibn Mājah. Dār al-Risālah al-ʿĀlamiyyah.
Ikbal, M. (2021). Variations in shaf distance in prayer: Comparative study between the Shafi'i school and the Maliki school. Mazahibuna. https://doi.org/10.24252/mh.v3i1.20383
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. (2011). Garis panduan perancangan masjid & surau. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2023). Kenyataan media menelusuri statistik sosial Malaysia (MSSM) edisi 2023. Kementerian Ekonomi.
Lukman, A., Wirakusumah, I. A., Sahid, S., & Gunawan, E. (2023). The dynamics of interpersonal space in congregational prayers in Salman Mosque Bandung during COVID-19 pandemic. Journal of Islamic Architecture. https://doi.org/10.18860/jia.v7i3.18103
Muhamad Faisal Ashaari, & Firdaus Mokhtar. (2018). Pandangan imam dan pentadbir masjid tentang kehadiran masyarakat ke masjid. Jurnal Hadhari, 10(2), 205–223.
Mukhtar, S. (2024). I’adah of Friday prayer with Zuhr prayer in the perspective of fiqh Shafi'iyyah. Jurnal Al-Fikrah. https://doi.org/10.54621/jiaf.v13i2.674
Muthalib, S. A., Amri, F., & Ali, B. (2021). Practices of the i'adah Zuhur after Friday prayers in Aceh Besar District: An analysis with the perspectives of Islamic law approaches. Samarah: Jurnal Hukum Keluarga dan Hukum Islam. https://doi.org/10.22373/sjhk.v5i1.8401
Omar, N., Muda, Z., Yahya, R. N. S. R., Salleh, S. M., & Noor, I. (2022). Analisis hukum terhadap limitasi pelaksanaan solat di masjid era COVID-19. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.1.640
Padang, U. I. B. (2022). Islamic law perspective in viewing the implementation of Friday prayer in the workplace or not a mosque when the COVID-19 pandemic happened. ENDLESS: International Journal of Future Studies. https://doi.org/10.54783/endlessjournal.v5i2.74
Pratiwi, M., Zamroni, S., & Taufik, T. (2025). Analisis tafsir hukum lā ṣalāta lijār al-masjid illā fī al-masjid. Jurnal Ushuluddin. https://doi.org/10.51900/ushuluddin.v23i2.22230
Pujiani, A., & Rochbani, I. T. N. (2025). Fiqh of worship in the context of modern life: Adaptation in the implementation of prayer in public places. Zabags International Journal of Islamic Studies. https://doi.org/10.61233/zijis.v2i1.16
Shah Rizal and Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin. (2019). Aksesibiliti surau di dalam pusat membeli-belah sebagai sebuah pusat ibadat Islam. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (1). pp. 1-19.
Sodiqin, A. (2021). Science-based ijtihad: Religious and scientific dialectic on fatwas regarding congregational worships amid the COVID-19 pandemic. Ijtihad: Jurnal Wacana Hukum Islam dan Kemanusiaan, 21(1), 79–98. https://doi.org/10.18326/ijtihad.v21i1.79-98










