Reka bentuk produk permainan bahasa Arab di pasaran Malaysia

Authors

  • Suhaila Zailani @ Ahmad Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Hakim Zainal Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Zulkifli Nawawi Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Wan Muhammad Syahmi Wan Saifuddin Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Amani Hakim Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Permainan Bahasa Arab, Gamifikasi, Reka Bentuk Permainan, embelajaran Berasaskan Permainan, Teori Pembelajaran, Pasaran Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau reka bentuk produk permainan bahasa Arab di pasaran Malaysia serta menilai respon pengguna terhadap daya tarikannya dalam konteks pembelajaran. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual pengunjung yang dijalankan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025. Sebanyak lima produk permainan bahasa Arab telah dikenal pasti dan dianalisis dari segi elemen gamifikasi, reka bentuk visual, mekanisme permainan, serta keselarasan dengan teori pembelajaran iaitu behaviourisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan produk menonjol dari segi estetika visual dan kesesuaian untuk pembelajaran asas, namun masih kurang dari aspek gamifikasi yang menyeluruh seperti sistem ganjaran, tahap pencapaian dan elemen persaingan. Analisis temu bual pula mendapati bahawa pengguna menunjukkan minat tinggi terhadap permainan yang interaktif, mudah difahami dan menyeronokkan, khususnya dalam bentuk digital, walaupun tahap penggunaan permainan bahasa Arab masih rendah. Kajian ini mencadangkan agar pembangunan permainan bahasa Arab pada masa hadapan memberi penekanan kepada integrasi elemen gamifikasi yang lebih komprehensif, kesesuaian dengan konteks tempatan, serta penglibatan pelbagai teori pembelajaran bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-05-15

How to Cite

Zailani @ Ahmad, S., Zainal, H., Nawawi, Z., Wan Saifuddin, W. M. S., & Hakim, A. (2026). Reka bentuk produk permainan bahasa Arab di pasaran Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(82), 374–390. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4106