Penentu konflik antara agama dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Ranau, Sabah: Satu analisis kontekstual dan sosial
Keywords:
Toleransi Beragama, Pengurusan Konflik Agama, Pengurusan Pertikaian Alternatif, Kadazandusun, SabahAbstract
Sabah terkenal dengan negeri yang kaya dengan kepelbagaian etnik, kaum, budaya dan anutan agama yang berbeza. Dalam kehidupan masyarakat Sabah turut ditemui hubungan kekeluargaan yang mempunyai pelbagai anutan agama yang berbeza sehingga membolehkan masyarakat saling menerima antara satu sama lain. Namun keharmonian yang terbina dalam kehidupan masyarakat beragama di Sabah turut berdepan dengan pelbagai ancaman apabila isu-isu keagamaan turut dibincangan menerusi media sosial sejak akhir-akhir ini. Hal ini menimbulkan kebimbangan kerana boleh menggugat keharmonian dalam kalangan penganut agama di Sabah jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Tidak dinafikan pengaruh persekitaran sosial turut mempengaruhi konflik dalam kalangan penganut agama di Sabah. Oleh itu, artikel ini membincangkan dapatan analisis faktor-faktor yang mempengaruhi konflik antara penganut agama di Sabah khususnya dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah.










