Analisis tafsiran Imam Fakhr al-Dīn al-Rāzī terhadap penyelewengan tafsiran pluralis

Authors

  • Muhammad Afif Fansuri Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Mohd Haidhar Kamarzaman Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Nozira Salleh Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Ahmad Faizuddin Ramli Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Wan Fariza Alyati Wan Zakaria Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Tafsir, Imam al-Rāzī, Penyelewengan, Pluralisme

Abstract

Pemikiran pluralisme agama kontemporari telah menimbulkan polemik terhadap pegangan akidah Islam, khususnya apabila ia melibatkan tafsiran semula terhadap ayat al-Quran berkenaan konsep keselamatan dan kebenaran mutlak agama. Golongan pluralis cenderung mentafsirkan surah Āli ʿImrān ayat 19 dan surah al-Baqarah ayat 62 secara inklusif dengan berhujah bahawa kepelbagaian agama merupakan realiti yang sah, dan setiap tradisi keagamaan mempunyai jalan tersendiri menuju Tuhan. Pendekatan ini secara langsung mencabar prinsip tauhid serta eksklusiviti Islam sebagai satu-satunya agama yang diredhai Allah SWT. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis hujah-hujah utama pluralisme agama serta menilai kesahihan tafsiran tersebut berdasarkan kerangka tafsir Imam Fakhr al-Dīn al-Rāzī. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan terhadap karya tafsir klasik dan kontemporari, dengan fokus utama kepada Mafātīḥ al-Ghayb, di samping merujuk kepada Tafsir al-Ṭabarī dan Ibn ʿĀshūr serta penulisan tokoh pluralis seperti Muhammad Asad, Fazlur Rahman, Farid Esack dan Seyyed Hossein Nasr. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tafsiran pluralis terhadap ayat-ayat tersebut berasaskan ideologi inklusivisme agama yang menekankan relativisme kebenaran, tanpa mengambil kira konteks syarak, asbāb al-nuzūl dan uṣūl al-tafsīr. Tafsiran ini akhirnya membawa kepada penolakan terhadap autoriti tafsir tradisional. Sebaliknya, Imam al-Rāzī mentafsirkan ayat-ayat tersebut dalam kerangka yang menegaskan eksklusiviti Islam sebagai agama yang benar dan menegaskan bahawa Islam dalam kerangka syarak merangkumi iman dan kepatuhan kepada risalah Nabi Muhammad SAW. Kajian ini merumuskan bahawa tafsiran pluralisme bertentangan dengan manhaj tafsir Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah dan membawa kepada kekeliruan akidah. Tafsir al-Rāzī dilihat berperanan sebagai benteng intelektual yang kukuh dalam menangkis penyelewengan tafsir, sekali gus memperkukuhkan pemahaman akidah Islam dalam konteks globalisasi semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-05-15

How to Cite

Fansuri, M. A., Kamarzaman, M. H., Salleh, N., Ramli, A. F., & Wan Zakaria, W. F. A. (2026). Analisis tafsiran Imam Fakhr al-Dīn al-Rāzī terhadap penyelewengan tafsiran pluralis. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(82), 306–329. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4102