Kritikan terhadap penyelewengan tafsiran liberal dalam isu murtad dan hak kebebasan manusia berdasarkan pandangan Imam Fakhr al-Dīn al-Rāzī

Authors

  • Muhammad Afif Fansuri Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Mohd Haidhar Kamarzaman Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Zul'azmi Yaakob Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Abdull Rahman Mahmood Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Ahmad Faizuddin Ramli Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Tafsir, Imam al-Rāzī, Penyelewengan, Liberalisme

Abstract

Fahaman liberalisme dalam wacana Islam moden membawa pendekatan tafsir berasaskan kebebasan individu sehingga membawa kepada penolakan autoriti agama dan negara bagi menguatkan agenda dan ideologi tertentu. Antara ayat yang sering ditafsirkan dan dijadikan hujah ialah surah al-Baqarah (2:256) dan surah al-Kahf (18:29), yang dianggap memberi kebebasan mutlak kepada manusia untuk memilih agama tanpa batasan syarak. Kajian ini meneliti bentuk penyelewengan tafsir yang timbul daripada bacaan liberal terhadap ayat-ayat tersebut serta menganalisis bagaimana Imam Fakhr al-Dīn al-Rāzī, melalui Tafsīr al-Kabīr, mengemukakan tafsiran yang berpaksikan disiplin ilmu dan kerangka syariat. Dengan menggunakan reka bentuk kualitatif dan analisis teks, kajian mendapati bahawa tafsiran liberal cenderung memisahkan ayat daripada konteksnya, mengabaikan prinsip asbāb al-nuzūl, serta dipengaruhi oleh agenda dan ideologi moden. Sebaliknya, Imam al-Rāzī menegaskan bahawa kebebasan yang disebut dalam kedua-dua ayat tersebut hanyalah kebebasan pada tingkat pilihan manusia, bukan suatu pengiktirafan syarak terhadap murtad dan kepelbagaian agama sebagai pilihan yang sah dari sudut hukum. Kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan liberalisme membawa kepada penyimpangan makna al-Qur’an yang perlu dinilai semula berdasarkan metodologi tafsir klasik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-05-15

How to Cite

Fansuri, M. A., Kamarzaman, M. H., Yaakob, Z., Mahmood, A. R., & Ramli, A. F. (2026). Kritikan terhadap penyelewengan tafsiran liberal dalam isu murtad dan hak kebebasan manusia berdasarkan pandangan Imam Fakhr al-Dīn al-Rāzī. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(82), 303–315. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4101