Inovasi teknologi solar dalam penilaian ladang solar dan agrivoltaik di Malaysia menurut perspektif Islam

Authors

  • Ahmad Faizuddin Ramli Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,
  • Mohd Haidhar Kamarzaman Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,
  • Wan Fariza Alyati Wan Zakaria Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,
  • Zul'azmi Yaakob Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,

Keywords:

Islam, Khalīfah, Maṣlaḥah, Agrivoltaik, Ladang Solar, Malaysia, Tenaga Boleh Baharu, Maqāṣid al-Sharīʿah

Abstract

Makalah ini membincangkan pembangunan teknologi solar generasi baharu, khususnya ladang solar dan agrivoltaik, dari perspektif Islam dengan menumpukan dua kerangka normatif utama, iaitu prinsip khalīfah dan maṣlaḥah. Hujah utama makalah ini ialah Islam pada asasnya menerima inovasi tenaga boleh baharu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab manusia memakmurkan bumi, namun penerimaan tersebut bukanlah bersifat mutlak atau teknokratik. Sebaliknya, penilaian Islam terhadap pembangunan solar mestilah berpaksikan amanah, keadilan guna tanah, pencegahan mudarat, dan keseimbangan antara keperluan tenaga, makanan, air, ekologi serta kepentingan komuniti. Dalam konteks Malaysia, persoalan ini menjadi sangat signifikan kerana hala tuju dasar tenaga negara sedang memperluaskan kapasiti tenaga boleh baharu melalui sasaran rasmi MyRER dan NETR, manakala agrivoltaik semakin diberi perhatian sebagai model penggunaan tanah dwi-fungsi yang menggabungkan pengeluaran elektrik suria dengan aktiviti pertanian. Melalui pendekatan kajian kepustakaan kualitatif dan analisis normatif-analitis, makalah ini menghimpunkan sumber primer Islam, bersama laporan rasmi dan kajian akademik semasa. Dapatan kajian ini mendapati bahawa agrivoltaik lebih hampir dengan semangat ʿimārat al-arḍ berbanding ladang solar satu guna di tanah subur, kerana ia berpotensi menghimpunkan maslahat tenaga dan makanan secara serentak. Walau bagaimanapun, keharusan tersebut tertakluk pada syarat-syarat shar‘i yang ketat, termasuk pemilihan tapak yang adil, penglibatan komuniti, pemeliharaan air dan tanah, serta pengukuran prestasi yang tidak hanya bergantung pada kapasiti tenaga.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-05-15

How to Cite

Ramli, A. F., Kamarzaman, M. H., Wan Zakaria, W. F. A., & Yaakob, Z. (2026). Inovasi teknologi solar dalam penilaian ladang solar dan agrivoltaik di Malaysia menurut perspektif Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(82), 253–264. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4097