Pendapatan negara berteraskan al-Qur'an: Ke arah sistem ekonomi yang adil dan seimbang

Authors

  • Nor Asmira Mat Jusoh Academy of Contemporary Islamic Studies, University Technology MARA (UiTM) Kelantan’s Branch
  • Raudlotul Firdaus Fatah Yasin Department of Quran and Sunnah studies, Abdulhamid Abu Sulayman Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia (IIUM)
  • Nur Arfifah Abdul Sabian Kulliyyah of Economics and Management Sciences, International Islamic University Malaysia (IIUM),

Keywords:

Pendapatan Negara, al-Qur’an, Ekonomi

Abstract

Islam sebagai agama yang syumul telah menggariskan prinsip-prinsip asas berkaitan pengurusan harta dan hasil negara bagi memastikan pengagihan kekayaan yang seimbang dalam masyarakat. Kajian ini bertujuan menganalisis sumber-sumber pendapatan negara dari perspektif al-Qur’an serta menilai peranan instrumen kewangan Islam dalam mewujudkan keadilan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian kepustakaan dengan merujuk kepada al-Qur’an serta tafsir klasik dan penulisan kontemporari dalam ekonomi Islam. Analisis dilakukan secara deskriptif dan tematik bagi mengenal pasti bentuk serta fungsi sumber pendapatan negara seperti zakat, ghanimah, fay’, serta sumbangan sukarela seperti infak dan wakaf. Dapatan kajian menunjukkan bahawa zakat memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai ibadah, tetapi juga sebagai instrumen ekonomi yang efektif dalam mengurangkan kemiskinan, merapatkan jurang sosial dan memastikan keadilan dalam pengagihan kekayaan. Selain itu, instrumen-instrumen lain turut menyumbang kepada pembentukan sistem kewangan awam yang holistik dan berteraskan wahyu. Kajian ini juga mendapati bahawa prinsip-prinsip pendapatan negara dalam al-Qur’an berpotensi menjadi alternatif kepada sistem ekonomi konvensional dalam menangani isu ketidakseimbangan ekonomi semasa. Kesimpulannya, pelaksanaan sistem pendapatan negara berasaskan al-Qur’an mampu mewujudkan pembangunan ekonomi yang lebih inklusif, adil dan mampan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-30

How to Cite

Mat Jusoh, N. A., Firdaus Fatah Yasin, R., & Abdul Sabian, N. A. (2026). Pendapatan negara berteraskan al-Qur’an: Ke arah sistem ekonomi yang adil dan seimbang. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(82), 179–189. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4062