Hubungan kepimpinan instruksional guru besar dengan komitmen kerja guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) daerah Penampang, Sabah

Authors

  • Ong Ai Chin Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia
  • Fanny Kho Chee Yuet Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia

Keywords:

kepimpinan instruksional, guru besar, komitmen guru, kepimpinan Pendidikan, Kecekapan Sekolah

Abstract

Kepimpinan intruksional merupakan salah satu gaya kepimpinan yang memberi impak yang besar dalam pengurusan sekolah secara berterusan dan menyeluruh. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan amalan kepimpinan instruksional guru besar dan komitmen kerja guru sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina) di daerah Penampang, Sabah. Kaedah kuantitatif dalam bentuk tinjauan dipilih untuk kajian ini. Instrumen dalam kajian ini adalah menggunapakai borang soal selidik. Penyelidikan tinjauan mnggunakan kaedah analisis deskriptif dan juga inferensi dengan menggunakan borang ‘Principal Instructional Management Rating Scale’ (PIMRS) untuk mengkaji perkaitan antara peranan pengajaran guru besar terhadap komitmen kerja guru. PIMRS berfokus pada dua konstruk utama kepimpinan instruksional, termasuk Konstruk 1: mendefinisikan matlamat; memastikan pembelajaran berkualiti; menggalakkan pembangunan guru profesional; membangunkan tanggungjawab secara kolektif dan Konstruk 2: memastikan persekitaran yang selamat dan teratur; penyediaan sumber secara strategik; menyelesaikan masalah kompleks. Dalam kajian ini, kaedah pengukuran menggunakan set soalan soal selidik (PIMRS). Borang dalam bentuk soal selidik bercetak dan aplikasi google form untuk mengukur tahap komitmen kerja guru sekolah rendah. Kajian ini melibatkan seramai 90 orang guru dari 2 buah sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina) di daerah Penampang. kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 29.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional guru besar SJKC daerah Penampang adalah pada tahap tinggi (min = 3.79; sisihan piawai = 0.75). Komitmen guru SJKC daerah Penampang adalah pada tahap memuaskan (min = 3.39; sisihan piawai = 0.74). Data kajian juga menunjukkan bahawa nilai pekali korelasinya ialah (r = 0.883; p <0.001.) Ini menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kepimpinan guru besar dan komitmen guru tetapi dengan kadar kekuatan yang sangat kuat. Kesimpulannya, kajian berjaya mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional guru besar SJKC dan komitmen guru serta hubungannya di daerah Penampang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru besar SJKC 2 buah sekolah di daerah Penampang telah mengamalkan kepimpinan instruksional dalam urusan harian mereka. Kajian ini menjelaskan bahawa kepimpinan instruksional pengetua mempunyai kesan perubahan terhadap komitmen kerja guru kerana kedua-dua pembolehubah ini adalah saling berkaitan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-20

How to Cite

Chin, O. A., & Yuet, F. K. C. (2026). Hubungan kepimpinan instruksional guru besar dengan komitmen kerja guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) daerah Penampang, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(82), 126–+140. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4051