Model kompetensi digital guru perpustakaan dan media: Konsep dan kerangka

Authors

  • Issma Izzaili Zamri Faculty Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Perak, Malaysia
  • Khalip Musa Faculty Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Perak, Malaysia
  • Dayang Rafidah Syariff M. Fuad Faculty Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Perak, Malaysia

Keywords:

Guru Perpustakaan dan Media, Kompetensi Digital, Pengurusan Sumber Pendidikan, Model Konseptual, Pendidikan Digital, Design and Development Research

Abstract

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) memainkan peranan strategik dalam pengurusan sumber pendidikan digital di sekolah, selaras dengan agenda transformasi pendidikan negara. Namun, sorotan literatur dan amalan semasa menunjukkan bahawa tahap kompetensi digital GPM masih belum mencapai tahap optimum, khususnya dalam aspek pengurusan sumber digital, integrasi teknologi dan keselamatan maklumat. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan mencadangkan Model Kompetensi Digital GPM sebagai satu kerangka konseptual untuk memperkukuh kecekapan pengurusan sumber pendidikan digital di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) yang merangkumi tiga fasa utama: Fasa 1 (analisis keperluan), Fasa 2 (reka bentuk dan pembangunan model), dan Fasa 3 (penilaian kebolehgunaan). Dapatan Fasa 1 menunjukkan tahap persetujuan yang sangat tinggi dalam kalangan GPM terhadap penerapan elemen kompetensi digital yang dibina berasaskan pelbagai kerangka antarabangsa dan tempatan. Majoriti responden turut menyatakan keperluan yang signifikan untuk membangunkan model kompetensi digital khusus bagi GPM. Artikel ini seterusnya membentangkan kerangka konseptual model yang terdiri daripada empat komponen utama: Asas Sokongan, Kompetensi Pengurusan, Kompetensi Pedagogi, dan Kompetensi Teras Digital. Implikasi model ini merangkumi panduan akademik dan praktikal untuk latihan profesional GPM, menyokong pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital serta menjadi rujukan dasar dalam memperkukuh pengurusan sumber pendidikan digital secara sistematik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-20

How to Cite

Zamri, I. I., Musa, K., & Syariff M. Fuad, D. R. (2026). Model kompetensi digital guru perpustakaan dan media: Konsep dan kerangka. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(82), 93–106. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4048