Pengaruh amalan kepimpinan guru terhadap efikasi kendiri guru sekolah rendah agama bantuan kerajaan di Sarawak

Authors

  • Francis Juman Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Perak, Malaysia
  • Khalip Musa Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Perak, Malaysia

Keywords:

Amalan Kepimpinan Guru, Efikasi Kendiri Guru, Kepimpinan sekolah, Pengurusan Sekolah

Abstract

Amalan kepimpinan guru  menekankan kolaborasi, inovasi dan peningkatan kualiti pengajaran. Guru berperanan sebagai pemimpin yang menyokong komuniti pembelajaran profesional serta kemenjadian murid selaras dengan aspirasi PPPM 2013–2025. Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh kepimpinan guru terhadap efikasi kendiri guru. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik bagi mendapatkan data. Sampel kajian melibatkan 353 guru di Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan di Sarawak. Analisis data menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan guru adalah tinggi iaitu pada nilai (M=4.23, SP= .477), manakala tahap efikasi kendiri guru juga adalah tinggi iaitu pada tahap (M=4.20, SP=.403). Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan amalan kepimpinan guru dengan efikasi kendiri guru (r=.573, sig=.000). Kajian turut mendapati terdapat pengaruh signifikan amalan kepimpinan guru terhadap efikasi kendiri guru sekolah rendah agama bantuan kerajaan di Sarawak (R2=0.328, sig=.000). Sebagai rumusan, kepimpinan guru mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap efikasi kendiri guru yang menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kajian secara jelas menunjukkan bahawa pembangunan kepimpinan guru berupaya meningkatkan efikasi kendiri guru, sehubungan itu proses pembangunan kepimpinan guru ini perlu diperkasakan kerana ia menyumbang secara langsung kepada peningkatan efikasi kendiri guru.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-20

How to Cite

Juman, F., & Musa, K. (2026). Pengaruh amalan kepimpinan guru terhadap efikasi kendiri guru sekolah rendah agama bantuan kerajaan di Sarawak. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(82), 79–92. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4047