Kepimpinan teknologi dalam pendidikan: Peranan dan cabaran masa kini
Keywords:
Kepimpinan Teknologi, Integrasi Teknologi dalam Pengajaran, NETS-AAbstract
Perkembangan teknologi masa kini telah membawa perubahan ketara dalam sistem pendidikan global, sekali gus menuntut kepimpinan yang berkeupayaan mengurus, membimbing dan memacu transformasi penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara strategik. Dalam konteks ini, kepimpinan teknologi dalam kalangan pengetua dikenal pasti sebagai elemen penting bagi menjamin keberkesanan integrasi TMK di peringkat sekolah. Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan peranan serta cabaran semasa yang dihadapi oleh pengetua dalam melaksanakan kepimpinan teknologi dalam pendidikan. Model National Educational Technology Standards for Administrators (NETS-A) yang diperkenalkan oleh International Society for Technology in Education (ISTE, 2009) dijadikan asas utama dalam memahami kompetensi kepimpinan teknologi yang diperlukan. Pelbagai isu dan cabaran berkaitan pelaksanaan kepimpinan teknologi turut dianalisis. Secara keseluruhan, kertas ini menyumbang kepada pemahaman konseptual mengenai kepimpinan teknologi yang berkesan, di samping berpotensi menjadi asas kepada pembangunan dasar, latihan profesional, dan strategi pelaksanaan yang lebih mampan dalam konteks pendidikan berasaskan TMK pada masa kini dan akan datang.










