Naratif dan mesej animasi terhadap pembentukan karektor kanak-kanak menurut perspektif Islam
Keywords:
Animasi, Komunikasi Visual, Implikasi, Etika, Moral dan KetamadunanAbstract
Animasi merupakan medium komunikasi visual yang semakin dominan dalam kehidupan kanak-kanak pada era digital. Gabungan naratif dan mesej dalam animasi bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan, tetapi juga berperanan membentuk karekter, nilai, dan sahsiah. Walaupun animasi berpotensi menjadi alat bantu didik, terdapat kebimbangan terhadap kandungan yang tidak sesuai, seperti unsur keganasan, stereotaip negatif, dan nilai yang bercanggah dengan prinsip Islam. Selain itu, penggunaan gajet secara berlebihan untuk menonton animasi boleh menjejaskan perkembangan emosi, sosial, dan sahsiah kanak-kanak. Kekurangan garis panduan yang jelas bagi penghasilan animasi patuh Syariah juga menimbulkan cabaran kepada penggiat industri dan pendidik. Kajian ini bertujuan menganalisis kesan naratif dan mesej animasi terhadap pembentukan karektor kanak-kanak serta menilai kesesuaiannya dengan perspektif pendidikan Islam yang menekankan prinsip tauhid, akhlak mulia, dan nilai murni. Melalui pendekatan kualitatif berbentuk analisis kandungan terhadap beberapa siri animasi tempatan dan antarabangsa, dapatan menunjukkan bahawa animasi yang menyampaikan mesej positif dan selari dengan ajaran Islam berpotensi menjadi alat bantu didik yang berkesan. Sebaliknya, pendedahan kepada kandungan tidak sesuai serta penggunaan gajet secara berlebihan boleh menjejaskan perkembangan emosi, sosial, dan sahsiah kanak-kanak. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada penggiat industri animasi, ibu bapa, dan pendidik dalam menghasilkan serta memilih kandungan yang menyokong pembentukan insan berakhlak mulia dan berjati diri.










