Cabaran badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam isu perkahwinan bawah umur di Sabah

Authors

  • Atira Anissa Rosli Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Jalihah Md Shah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Roben Well Pacos Trust, Sabah, Malaysia

Keywords:

Perkahwinan Bawah Umur, Badan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Budaya

Abstract

Artikel ini membincangkan cabaran yang dihadapi oleh badan kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menangani isu perkahwinan bawah umur di Sabah dengan menumpukan kepada cabaran dalaman dan luaran yang mempengaruhi keberkesanan intervensi isu ini. Data dalam kajian ini dikutip menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk penerokaan melalui kaedah temu bual separa berstruktur dengan tujuh orang informan daripada lima agensi kerajaan dan dua NGO yang terlibat secara langsung dalam isu perlindungan kanak-kanak dan perkahwinan bawah umur. Data dianalisis secara tematik bagi mengenal pasti pola, tema dan subtema utama berkaitan cabaran yang dihadapi. Daripada sudut cabaran dalaman, badan kerajaan berdepan dengan isu penyelarasan had umur minimum perkahwinan, kelemahan dalam sistem pengurusan dan penyelarasan data perkahwinan bawah umur. Manakala NGO pula berhadapan dengan kekangan dana dan kekurangan sumber manusia terlatih. Cabaran luaran pula menyaksikan badan kerajaan berhadapan dengan limitasi perundangan dan kes perkahwinan melibatkan pasangan bawah umur tanpa kewarganegaraan. Pihak NGO berdepan cabaran kekukuhan amalan adat dan budaya masyarakat, cabaran geografi kawasan pedalaman, perubahan teknologi komunikasi dan kelemahan kerjasama antara pihak berkepentingan. Kajian ini menegaskan bahawa kejayaan usaha menangani perkahwinan bawah umur memerlukan pendekatan bersepadu merangkumi pembaharuan dasar, pengukuhan kapasiti institusi, penglibatan komuniti yang sensitif budaya serta kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan perlindungan kanak-kanak dapat dilaksanakan secara berkesan dan mampan di Sabah

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-31

How to Cite

Rosli, A. A., Md Shah, J., & Well, R. (2025). Cabaran badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam isu perkahwinan bawah umur di Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 1026 – 1035. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3917