Hubungan antara modal budaya dengan literasi kesihatan komuniti bandar

Authors

  • Nurul Izyan Husna Ibrahim Program Antropologi dan Sosiologi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Abdul Hafiz Ab Rahman Program Antropologi dan Sosiologi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Keywords:

Modal Budaya, Literasi Kesihatan, Komuniti Bandar, Penentu Sosial Kesihatan

Abstract

Ketidaksamarataan literasi kesihatan dalam kalangan masyarakat Malaysia mencerminkan variasi antara kumpulan sosial yang dipengaruhi oleh jurang pendidikan, pengalaman budaya, dan akses terhadap sumber pengetahuan. Walaupun penyelidikan terdahulu banyak menekankan aspek kognitif dan tingkah laku, dimensi budaya masih kurang diberi perhatian. Berasaskan Teori Modal Budaya Pierre Bourdieu, kajian ini meneliti peranan tiga komponen modal budaya iaitu terjelma (embodied), objektif (objectified), dan institusi (institutionalized) terhadap tahap literasi kesihatan dalam kalangan komuniti bandar di Ipoh, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif rentas keratan melibatkan 325 responden yang dipilih melalui pensampelan kluster berperingkat. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Spearman pada aras keertian 0.05. Dapatan menunjukkan ketiga-tiga komponen modal budaya mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan literasi kesihatan (p < 0.01). Modal terjelma mencatat pekali tertinggi dalam dimensi aplikasi maklumat kesihatan (ρ = 0.605), manakala modal institusi menunjukkan pekali tertinggi dalam dimensi pemahaman maklumat kesihatan (ρ = 0.573). Kesimpulannya, modal budaya, khususnya yang diperoleh melalui pendidikan formal dan amalan sosial, berperanan penting dalam meningkatkan keupayaan individu mengakses, memahami, menilai, dan mengaplikasi maklumat kesihatan. Kajian ini mengukuhkan peranan modal budaya sebagai penentu sosial kesihatan serta mencadangkan agar program peningkatan literasi kesihatan disesuaikan dengan konteks budaya dan disokong oleh institusi komuniti.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-31

How to Cite

Ibrahim, N. I. H., & Ab Rahman, A. H. (2025). Hubungan antara modal budaya dengan literasi kesihatan komuniti bandar. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 986 – 1001. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3915