Ibu bapa sibuk, Al-Quran terabai? Analisis punca dan solusi

Authors

  • Nik Siti Hajar Ahmad Azhar Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor
  • Latifah Abdul Majid Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor
  • Sabri Mohamad Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor

Keywords:

Kelemahan bacaan al-Quran, penguasaan, ibu bapa, punca, solusi

Abstract

Membaca al-Quran adalah satu kewajipan dan tanggungjawab bagi umat Islam. Setiap lapisan masyarakat, khususnya ibu bapa, perlu menguasai bacaan al-Quran dengan baik demi menunaikan tanggungjawab mereka dalam memberi didikan agama terhadap anak-anak. Namun begitu, kelemahan ibu bapa dalam menguasai bacaan al-Quran dilihat terabai, disebabkan oleh kesibukan dan komitmen kerjaya yang lebih menjadi keutamaan dan satu halangan buat ibu bapa dalam mempelajari al-Quran.  Sehubungan itu, makalah ini dijalankan untuk mengkaji punca kepada kelemahan ibu bapa dalam menguasai bacaan al-Quran dan solusi kepada permasalahan ini. Kajian ini berbentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan edaran soal selidik terhadap 384 ibu bapa berkerjaya di Petaling Jaya, Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa punca kelemahan bacaan al-Quran dalam kalangan ibu bapa berkerjaya adalah kefahaman hukum tajwid dan terjemahan ayat al-Quran, kekerapan mengaji al-Quran dan disiplin diri dalam mengaji al-Quran. Sehubungan itu, antara solusi yang dicadangkan untuk mempertingkatkan penguasaan al-Quran adalah, ibu bapa berkerjaya perlu melibatkan diri dalam kelas pengajian al-Quran bersama guru yang mahir dalam bidang al-Quran, sama ada kelas secara bersemuka atau atas talian. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk memanfaatkan aplikasi telefon pintar yang menyediakan platform pembelajaran al-Quran, yang boleh membantu memperbaiki bacaan al-Quran dengan lebih berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-01-20

How to Cite

Ahmad Azhar , N. S. H., Abdul Majid, L., & Mohamad, S. (2026). Ibu bapa sibuk, Al-Quran terabai? Analisis punca dan solusi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(80), 339–351. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3910