Faktor pencapaian terhadap kursus fizik asas bagi pelajar diploma kejuruteraan awam

Authors

  • Mohd Zaki Mohd Yusoff Pusat Pengajian Fizik dan Bahan, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Md Hamzaimi Azrol Md. Baharudin Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, Kampus Jengka, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, 26400, Pahang, Malaysia
  • Mohd Fakri Muda Fakulti Kejuruteraan Awan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, Kampus Jengka, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, 26400, Pahang, Malaysia
  • Muhammad Firdaus Othman Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Jengka, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, 26400, Pahang, Malaysia
  • Syamsyir Akmal Senawi Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Jengka, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, 26400, Pahang, Malaysia
  • Wan Aizuddin W. Razali Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Jengka, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, 26400, Pahang, Malaysia

Keywords:

Diploma Kejuruteraan Awam, faktor pembelajaran, Fizik Asas, pencapaian pelajar, prestasi akademik

Abstract

Penyelidikan ini dilaksanakan dengan objektif untuk menganalisis faktor pencapaian  kursus Fizik Asas yang merangkumi demografi, latar belakang, persepsi, persiapan dan penglibatan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam (CEEC110) UiTM Cawangan Jengka. Seramai 58 responden yang terdiri daripada pelajar semester 1 telah mengambil bahagian dalam soal selidik ini melalui aplikasi Google Form. Data demografi menunjukkan bahawa majoriti pelajar adalah lelaki (59%), manakala perempuan 41%. Semuanya baru menamatkan persekolahan peringkat menengah. Data keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), menunjukkan 86.1% pelajar memperoleh gred B atau C dalam subjek Fizik. 87.9% pelajar memperoleh gred A dalam Matematik. Manakala, 81% pelajar memperoleh gred A dan B dalam Bahasa Inggeris. Data menunjukkan, 89.6% pelajar telah memperoleh gred A dan B bagi mata pelajaran Matematik di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala selebihnya memperoleh gred C atau D. Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah amat baik, iaitu 81% dengan memperolehi gred A dan B. 63.8% pelajar berpendapat mampu memahami konsep utama dalam kursus Fizik Asas yang menunjukkan mereka mempunyai latar belakang pengetahuan subjek Sains dan Matematik yang baik. Didapati, 36.2% pelajar memerlukan bantuan bagi meningkatkan pemahaman mereka. Manakala 58.6% pelajar menyatakan bahawa mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk memahami setiap topik secara mendalam. Seramai 51.7% pelajar mempamerkan komitmen terhadap kursus ini, dengan memperuntukkan antara 2-4 jam seminggu bagi tujuan ulangkaji, manakala hanya sebilangan kecil pelajar yang mengalami masalah dalam menguruskan masa. Rata-rata pelajar bersetuju bahawa bahan kuliah yang digunakan sepanjang pengajian adalah amat menarik  iaitu 93.1% manakala 62.1% pelajar menyatakan mereka dapat menumpukan perhatian dengan baik ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini menjadi satu faktor utama kepada pencapaian yang amat baik oleh pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Awam. Di samping itu juga beberapa pendekatan seperti e-modul, Brain-Based Learning, model kreativiti terarah dan E-forum telah dicadangkan bagi meningkatkan minat dan penglibatan pelajar.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-01-15

How to Cite

Mohd Yusoff, M. Z., Md. Baharudin, M. H. A., Muda, M. F., Othman, M. F., Senawi, S. A., & W. Razali, W. A. (2026). Faktor pencapaian terhadap kursus fizik asas bagi pelajar diploma kejuruteraan awam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(80), 258–269. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3902