Strategi menangani cabaran pengajaran masalah bukan rutin algebra tingkatan dua dalam persekitaran PDP dalam talian

Authors

  • Azimah Md Dahlan Fakulti Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia, Main Kampus Kuala Lumpur, Malaysia
  • Abdul Razak Othman Fakulti Pendidikan, Institut Penguruan Kampus Pulau Pinang, Malaysia

Keywords:

penyelesaian masalah bukan rutin, algebra tingkatan dua, PdP dalam talian, kaedah fuzzy delphi, strategi pengajaran

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik, khususnya topik Algebra Tingkatan Dua, menuntut keupayaan murid untuk menyelesaikan masalah bukan rutin yang memerlukan pemikiran aras tinggi, penaakulan logik dan kebolehan membuat generalisasi. Walau bagaimanapun, peralihan kepada PdP dalam talian telah mewujudkan pelbagai cabaran pedagogi, kognitif dan teknologi yang menjejaskan keberkesanan pengajaran penyelesaian masalah bukan rutin. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mennentukan keutamaan strategi berkesan dalam menangani cabaran pengajaran masalah bukan rutin (PMBR) bagi topik Algebra Tingkatan Dua dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian. Pengajaran PMBR bukan rutin, yang menuntut Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pelbagai strategi penyelesaian, sering berhadapan dengan halangan seperti kurangnya interaksi langsung, kesukaran memantau proses penaakulan pelajar, dan keterbatasan alat digital dalam talian. Kajian ini menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi (Fuzzy Delphi Method, FDM) dengan penglibatan lima orang pakar dalam bidang pendidikan matematik dan teknologi pendidikan. Data dianalisis menggunakan perisian FUDELO untuk menentukan nilai ambang (threshold), peratus konsensus pakar, nilai defuzzification dan kedudukan keutamaan strategi. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan pelajar seperti pembelajaran koperatif dalam talian terancang, maklum balas formatif segera dan integrasi alat visualisasi Algebra merupakan strategi utama yang dipersetujui pakar. Implikasi kajian ini memberi panduan kepada guru dan pembuat dasar dalam merancang PdP Algebra bukan rutin yang lebih berkesan dalam persekitaran dalam talian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-01-15

How to Cite

Md Dahlan, A., & Othman, A. R. (2026). Strategi menangani cabaran pengajaran masalah bukan rutin algebra tingkatan dua dalam persekitaran PDP dalam talian. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(80), 96–116. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3892