Pendekatan flipped classroom dalam pendidikan Islam: Suatu tinjauan literatur sistematik terhadap pelaksanaan dan keberkesanan
Keywords:
Flipped classroom, Pendidikan Islam, pembelajaran berasaskan teknologi, , tinjauan literatur sistematik, pedagogi inovatifAbstract
Pendekatan flipped classroom semakin diterima sebagai inovasi pedagogi berpusatkan pelajar dan berpotensi meningkatkan keberkesanan Pendidikan Islam selaras dengan tuntutan abad ke-21 tanpa mengabaikan nilai Islam. Namun, kajian berkaitan masih terpisah dan belum disintesis secara sistematik. Oleh itu, kajian ini menjalankan Tinjauan Literatur Sistematik (SLR) berpandukan kerangka PRISMA terhadap artikel jurnal berwasit yang diterbitkan antara 2017 hingga 2025 melalui pangkalan data Scopus, Web of Science dan Google Scholar. Sebanyak 23 artikel dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan menunjukkan pelaksanaan flipped classroom melibatkan pelbagai reka bentuk pedagogi dan integrasi teknologi seperti sistem pengurusan pembelajaran, video dan e-pembelajaran. Dari segi keberkesanan, majoriti kajian melaporkan peningkatan pencapaian akademik, pemahaman konsep, penglibatan pelajar, pembelajaran kendiri serta sokongan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dan pembentukan nilai Islam apabila dilaksanakan secara terancang. Secara keseluruhan, kajian ini menyediakan sintesis berasaskan bukti bagi menyokong perancangan dan pelaksanaan inovasi pedagogi berasaskan teknologi dalam Pendidikan Islam.










