Analisis hubungan struktur faktor kritikal dan punca kurang implementasi pengajaran penyelesaian masalah bukan rutin algebra tingkatan tiga dalam talian menggunakan kaedah DEMATEL

Authors

  • Azimah Md Dahlan Fakulti Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia, Main Kampus Kuala Lumpur, Malaysia
  • Abdul Razak Othman Fakulti Pendidikan, Institut Penguruan Kampus Pulau Pinang, Malaysia

Keywords:

Penyelesaian Masalah Bukan Rutin (PMBR), Algebra, DEMATEL, Pedagogi Dalam Talian, Metakognitif Digital Scaffolding, Faktor Kritikal

Abstract

Tujuan: Perubahan kepada persekitaran digital telah menunjukkan faktor kritikal dalam pedagogi matematik terutamanya dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui Penyelesaian Masalah Bukan Rutin (PMBR) Algebra. Kajian ini mencadangkan idea baharu berbeza dengan kajian terdahulu dengan menggunakan Decision Making Trial and Evaluation Laboratory (DEMATEL) untuk menggambarkan secara impirikal hubungan kausal (sebab-akibat) yang kompleks antara punca kurang implementasi pengajaran PMBR Algebra Tingkatan Tiga dalam talian.Metodologi: Menganalisis hubungan matriks pengaruh langsung antara empat faktor kritikal melalui pengumpulan data daripada lima (5) pakar yang berkemahiran tinggi, iaitu faktor Metakognitif Digital Scaffolding (F1), Ketidaksesuaian Alat Digital (F2), Tahap Motivasi Kendiri Pelajar (F3), dan Kualiti dan Struktur Interaksi Kolaboratif Maya (F4). Dapatan: Analisis akhir DEMATEL menolak hipotesis yang menyalahkan pelajar. Sebaliknya, kajian ini mengesahkan bahawa Tahap Motivasi Kendiri Pelajar (F3) adalah faktor terkesan sistemik dengan nilai D-R paling negatif (-1.675), menjadikan sebagai faktor penerima (key dependent) utama. Analisis hubungan kausal mendedahkan bahawa Metakognitif Digital Scaffolding (F1) dan Ketidaksesuaian Alat Digital (F2) adalah faktor utama (key drivers) dengan nilai D-R positif tertinggi (0.799 dan 0.702) dan mengesahkan bahawa kekurangan terletak pada strategi guru dan pemilihan teknologi serta bukan pada inisiatif pelajar. Implikasi: Kajian ini memberikan panduan yang unik bagi intervensi atau pemulihan yang bertujuan meningkatkan penguasaan PMBR wajib mengutamakan latihan pedagogi guru dan penstrukturan semula ekosistem peralatan digital. Kegagalan untuk menangani F1 dan F2 akan menyebabkan penurunan motivasi (F3) sebagai ciri berterusan pada pembelajaran Algebra dalam talian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-01-15

How to Cite

Md Dahlan, A., & Othman, A. R. (2026). Analisis hubungan struktur faktor kritikal dan punca kurang implementasi pengajaran penyelesaian masalah bukan rutin algebra tingkatan tiga dalam talian menggunakan kaedah DEMATEL. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(80), 41–52. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3888