Kesediaan literasi AI dan risiko AI halusinasi terhadap integriti akademik dan niat penggunaan berterusan AI dalam kalangan guru pelatih di Malaysia: Pendekatan NGT
Keywords:
Literasi AI, Integriti Akademik, Guru Pelatih, Analisis NGT dan Risiko AI Halusinasi, Niat Penggunaan BerterusanAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kesediaan literasi kecerdasan buatan (AI), risiko AI halusinasi, integriti akademik, dan niat penggunaan berterusan AI dalam kalangan guru pelatih di Malaysia menerusi pendekatan Teknik Kumpulan Nominal (NGT). Peningkatan penggunaan AI generatif dalam pendidikan tinggi menimbulkan cabaran baharu terhadap integriti akademik, khususnya berkaitan fenomena AI halusinasi yang menghasilkan maklumat tidak tepat atau rekaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui NGT yang melibatkan sesi perbincangan berstruktur dengan guru pelatih dan pakar bidang untuk mengenal pasti, menjana, dan mengutamakan isu-isu kritikal berkaitan literasi AI dan kesannya terhadap amalan akademik. Data dikumpul melalui proses NGT empat peringkat iaitu penjanaan idea secara senyap, perkongsian idea secara berperingkat, perbincangan kumpulan, dan pengundian untuk mengutamakan isu. Kajian ini dijangka menyumbang kepada pemahaman mendalam tentang persepsi guru pelatih terhadap keupayaan literasi AI mereka, kesedaran tentang risiko AI halusinasi, komitmen terhadap integriti akademik, serta faktor-faktor yang mempengaruhi niat mereka untuk terus menggunakan AI sebagai alat pembelajaran. Dapatan kajian ini penting untuk merangka garis panduan dan modul latihan literasi AI yang berkesan bagi memastikan penggunaan AI yang beretika dan bertanggungjawab dalam kalangan bakal pendidik di Malaysia.










