Aplikasi tipologi, model dan teori dalam analisis penglibatan komuniti dan ekopelancongan berasaskan komuniti (CBE) di Kota Belud, Sabah, Malaysia

Authors

  • Syafiqah Syuhada Samsul Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Rosazman Hussin Borneo Institute for Indigenous Studies (BorIIS), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Keywords:

Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBE), Tipologi Penglibatan Komuniti, Model Pusingan Kawasan Pelancongan, Teori Modal Sosial

Abstract

Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (Community-Based Ecotourism - CBE) telah menjadi pendekatan penting dalam usaha mencapai kelestarian alam sekitar dan pembangunan sosioekonomi komuniti luar bandar di Malaysia dan khususnya di Sabah. Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk penglibatan komuniti dalam pembangunan ekopelancongan di Kampung Sayap, Kota Belud, Sabah. Tiga pendekatan utama diaplikasikan sebagai kerangka analisis: Tipologi Penyertaan Komuniti oleh Pretty (1995), Model Kitaran Hayat Kawasan Pelancongan (TALC) oleh Butler (1980) dan Teori Modal Sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah kutipan data melalui kaedah temu bual mendalam bersama sebelas (11) informan utama dan dianalisis berdasarkan tematik. Pemerhatian dan sumber data sekunder turut digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ahli komuniti Kampung Sayap telah mengalami peralihan daripada penglibatan pasif kepada penglibatan yang lebih aktif dan berdaya kendiri. Tipologi Pretty membantu mengenal pasti tahap penglibatan ahli komuniti yang pelbagai. Model TALC oleh Butler pula menunjukkan kawasan atau destinasi ekopelancongan di Kampung Sayap berada pada fasa pembangunan dan pengukuhan. Manakala aplikasi Teori Modal Sosial menunjukkan bahawa pemangkin kepada kejayaan penglibatan komuniti adalah kerana tindakan kolektif mereka dalam usaha mencapai ekopelancongan mampan melalui CBE.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-01-05

How to Cite

Samsul, S. S., & Hussin, R. (2026). Aplikasi tipologi, model dan teori dalam analisis penglibatan komuniti dan ekopelancongan berasaskan komuniti (CBE) di Kota Belud, Sabah, Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 933–945. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3884