Cabaran linguistik dan budaya dalam penterjemahan karya kreatif Tamil ke bahasa Melayu
Keywords:
Penterjemahan kreatif, bahasa Tamil, bahasa Melayu, cabaran linguistik, budaya, idiom, teori penterjemahanAbstract
Penterjemahan karya kreatif bahasa Tamil ke dalam bahasa Melayu merupakan satu usaha linguistik dan budaya yang kompleks serta mencabar. Kajian ini mengkaji isu-isu utama yang dihadapi oleh penterjemah dalam konteks linguistik, idiomatik dan budaya, dengan menumpukan perhatian kepada bagaimana perbezaan struktur bahasa, simbolisme dan nilai budaya mempengaruhi ketepatan makna serta keindahan karya. Pendekatan kualitatif deskriptif digunakan melalui analisis teks dan temu bual separa berstruktur bersama penterjemah berpengalaman bagi mengenal pasti cabaran serta strategi adaptasi yang diamalkan dalam proses penterjemahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa perbezaan sintaksis, kekangan idiomatik serta unsur budaya yang tidak sepadan merupakan faktor utama yang menjejaskan kesetiaan makna dan kekuatan emosi teks asal. Kajian ini turut mengaplikasikan Teori Skopos dan Teori Ekuivalen Dinamik bagi menilai cara penterjemah menyeimbangkan antara kesetiaan terhadap teks sumber dan kefahaman pembaca sasaran. Justeru, hasil daripada kajian ini telah menyumbang kepada pembangunan amalan penterjemahan interkultural yang lebih berkesan, serta menyokong usaha memperkasa kepekaan budaya dalam konteks bahasa minoriti di Malaysia










