Model keberkesanan pembelajaran berasaskan projek terhadap penguasaan dan minat pelajar Tingkatan 2 dalam ibadah solat

Authors

  • Nur Hamizah Zainal Abidin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis (UiTM), Malaysia,
  • Zuraimy Ali Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis (UiTM), Malaysia,
  • Alex Yusron Al Mufti Pensyarah Kanan, Universitas Islam Nahdlatul Ulama Jepara, Kabupaten Jepara, Jawa Tengah, Indonesia

Abstract

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) diiktiraf secara meluas sebagai pendekatan inovatif berpusatkan pelajar yang menggalakkan penyertaan aktif, pemikiran kritis serta penglibatan yang bermakna. Walaupun keberkesanannya telah didokumentasikan dengan baik dalam pendidikan umum, penyelidikan mengenai aplikasinya dalam Pendidikan Islam masih berkurangan terutamanya dalam ibadah solat. Lazimya pengajaran dan pembelajaran (PdP) ibadah solat dilaksanakan dengan kaedah berasaskan kuliah berpusatkan guru, yang membawa kepada pembelajaran pasif, penguasaan yang lemah, dan minat pelajar yang merosot. Kajian literatur mengetengahkan potensi PBP sebagai pedagogi alternatif untuk pengajaran solat dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Dengan mensintesis dan menganalisis secara kritis penyelidikan sedia ada, kajian ini telah mengenal pasti beberapa jurang penyelidikan. Di antaranya tumpuan yang terhad kepada bidang Pendidikan Islam khususnya dalam pembelajaran ibadah solat, terlalu menekankan hasil kognitif dengan sedikit perhatian kepada dimensi afektif dan rohani. Bagi menangani jurang ini, kajian ini dicadangkan dengan meletakkan PBP sebagai satu cara untuk mengintegrasikan aspek pembelajaran kognitif, praktikal, dan afektif.

Selain itu, keberkesanan PBP turut menyumbang secara teori dengan meluaskan wacana PBP ke dalam bidang pedagogi Islam dan secara praktikal dengan mencadangkan alternatif pengajaran yang lebih menarik kepada pendidik, dan penggubal dasar. Akhirnya, kajian ini menggariskan kepentingan strategi inovatif dan berpusatkan pelajar dalam memastikan pengajaran solat bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan pengetahuan dan amalan bahkan juga minat dan penghayatan rohani yang berkekalan.

Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Projek, Pendidikan Islam, Penguasaan, Minat dan Ibadah Solat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-01-20

How to Cite

Zainal Abidin, N. H., Ali, Z., & Al Mufti, A. Y. (2025). Model keberkesanan pembelajaran berasaskan projek terhadap penguasaan dan minat pelajar Tingkatan 2 dalam ibadah solat. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(80), 352–363. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3876