Keberkesanan penterjemahan puisi ke bahasa ibunda dalam meningkatkan pemahaman murid India Tingkatan 1
Keywords:
Penterjemahan, Puisi, Teks SasteraAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penterjemahan puisi Bahasa Melayu dalam bahasa ibunda (Tamil) dalam membantu murid India Tingkatan 1 memahami maksud puisi, khususnya puisi yang bertajuk “Kuingin Berterima Kasih”. Penyelidikan ini berlandaskan pada kenyataan bahawa pelajar yang bukan penutur asli Bahasa Melayu sering mengalami kesulitan dalam menguasai bahasa ini, terutama ketika berhadapan dengan karya sastera yang sarat dengan gaya bahasa simbolik, metafora, dan unsur budaya Melayu yang rumit. Masalah dalam pemahaman ini menjadi salah satu penyebab utama rendahnya prestasi pelajar dalam ujian pemahaman teks sastera. Dalam kajian ini, pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan. Kajian ini melibatkan 25 orang murid India Tingkatan 1 sebagai responden. Mereka menjalani ujian pra dan pasca serta mengisi borang soal selidik setelah membaca cerpen yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Tamil. Kaedah ini memungkinkan penilaian perubahan dalam tahap pemahaman murid secara empirikal. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pencapaian akademik dan kepercayaan diri pelajar terhadap teks selepas membaca versi terjemahan. Dengan itu, pendekatan pengajaran dwi-bahasa dicadangkan sebagai salah satu strategi sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran sastera Bahasa Melayu untuk pelajar pelbagai kaum di Malaysia.










