Konsep wasaṭiyyaṯ menurut Isyārāṯ al-I’jāz karya Badiuzzaman Said Nursi

Authors

  • Muhamad Ikhwan Aiman Iwan Kerisnawan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Noornajihan Jaafar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Norullisza Khosim Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords:

Badiuzzaman Said Nursi, Isyārāṯ al-I’jāz, Keadilan, Tafsir al-Qur’an, Wasaṭiyyaṯ

Abstract

Islam menganjurkan prinsip kesederhanaan (Wasaṭiyyaṯ) sebagai satu gaya hidup menyeluruh yang merangkumi setiap aspek kehidupan seorang Muslim. Konsep ini menuntut umat Islam untuk mengekalkan keseimbangan dalam pemikiran dan amalan, serta mengelakkan daripada kecenderungan ekstremisme dalam sebarang bentuk, sama ada dalam dimensi pemahaman mahupun pengamalan agama. Namun demikian, dalam realiti kehidupan kontemporari, umat Islam masih dilihat belum berjaya menghayati dan merealisasikan konsep Wasaṭiyyaṯ  secara menyeluruh. Dalam konteks ini, karya Badiuzzaman Said Nursi berjudul Isyārāṯ al-I’jāz  menawarkan satu kerangka tafsiran yang signifikan dalam memahami konsep Wasaṭiyyaṯ  berdasarkan kepada tafsir al-Qur’an dan bersesuaian dengan pendekatan semasa. Kajian ini bertujuan meneliti pentafsiran ayat ke-6 daripada Surah al-Fātiḥah sebagaimana dihuraikan oleh Nursi, serta menilai bagaimana tafsir tersebut memperjelaskan konsep Wasaṭiyyaṯ  dalam kerangka pemikiran Islam yang bersifat moderat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian kepustakaan, serta analisis teks terhadap kandungan tafsir dalam Isyārāṯ al-I’jāz. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penghuraian Nursi terhadap konsep Wasaṭiyyaṯ merupakan suatu usaha pemurnian terhadap kecenderungan ekstrem dan ketidakadilan dalam kehidupan beragama. Dapatan kajian ini mendapati bahawa pentafsiran “jalan yang lurus” (ṣirāṭ al-mustaqīm) dalam Risalah al-Nur merupakan manifestasi langsung kepada konsep Wasaṭiyyaṯ, yang dirumuskan melalui tiga prinsip utama: kebijaksanaan (ḥikmaṯ), kesucian akhlak (‘iffaṯ), dan keberanian (syajā‘aṯ). Nursi menegaskan bahawa ketiga-tiga nilai ini memainkan peranan penting sebagai prinsip keseimbangan dalam mengawal tiga kekuatan utama dalam diri manusia, iaitu kekuatan syahwat (quwwaṯ shahwiyyaṯ), kekuatan emosi (quwwaṯ ghaḍabiyyaṯ), dan kekuatan akal (quwwaṯ ‘aqliyyaṯ), dengan tujuan untuk mencapai kesederhanaan yang hakiki menurut perspektif Islam. Berdasarkan kepada keseluruhan nilai dan prinsip yang dihuraikan, jelas bahawa tafsiran Nursi memberikan pemahaman yang mendalam dan aplikatif terhadap konsep Wasaṭiyyaṯ, serta amat relevan untuk diamalkan dalam kehidupan seorang Muslim yang berusaha menjadi insan yang adil dan seimbang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-30

How to Cite

Iwan Kerisnawan, M. I. A., Jaafar, N., & Khosim, N. (2025). Konsep wasaṭiyyaṯ menurut Isyārāṯ al-I’jāz karya Badiuzzaman Said Nursi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 699–715. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3862