Pengaruh budaya Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Perlis, dalam menghidupkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan harian pelajar.

Authors

  • Nidzamuddin Zakaria KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Liyana Azhar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Najihah Azahar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Nurul ‘Aisyah Ahmad Nasaruddin4 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Abdulloh Salaeh KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Walid Mohd Said KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Syed Najihuddin Syed Hassan KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords:

budaya tarbiyah, sunnah Nabi SAW, murabbi, pembentukan sahsiah, MATRI Perlis

Abstract

Kajian ini meneliti pengaruh budaya Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Perlis, dalam menghidupkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan harian pelajar. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur bersama pentadbir dan pelajar, kajian mendapati bahawa penghayatan sunnah diperkukuh melalui tiga komponen utama: kepimpinan berasaskan qudwah, pelaksanaan program tarbiyah yang sistematik, dan sokongan sosial rakan sebaya. Program seperti halaqah, usrah, qiyamullail, Ijtima’ ‘Am serta Tamrin berkala membentuk disiplin rohani, kefahaman hikmah dan motivasi dalaman pelajar untuk mengamalkan sunnah secara konsisten. Dapatan turut menunjukkan bahawa amalan seperti solat berjemaah, wuduk sebelum tidur, hafazan dan budaya makan talam menjadi rutin hasil pembudayaan tarbiyah yang tersusun. Namun, cabaran seperti ketidakselarasan bi’ah di rumah, pengaruh teknologi dan kesukaran mengekalkan istiqamah selepas graduasi masih wujud. Kajian ini menegaskan potensi pendidikan tarbiyah berasaskan sunnah dalam membentuk identiti Muslim yang berakhlak dan mencadangkan agar sokongan keluarga serta modul tarbiyah generasi baharu terus diperkukuh.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-30

How to Cite

Zakaria, N., Azhar, L., Azahar, N., Ahmad Nasaruddin4 , N. ‘Aisyah, Salaeh, A., Mohd Said, W., & Syed Hassan, S. N. (2025). Pengaruh budaya Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Perlis, dalam menghidupkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan harian pelajar. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 668–698. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3861