Konsep biomimikri dalam senibina berdasarkan pemahaman kontemporari dan kod Jawi

Authors

  • Nurul Syala Abdul Latip Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Ahmad Shuib Yahya Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Azrul Izwan Ismail Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Adnan Mohamed Yusoff Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

Biomimikri, Kod Jawi, Bahasa Reka Bentuk, Epistemologi Seni Bina, Ilmu Aqli dan Naqli, Seni Bina Islam, Analisis Kandungan

Abstract

Dalam wacana seni bina semasa, keterpisahan antara ilmu naqli dan ilmu aqli telah mewujudkan jurang epistemologi yang menjadikan reka bentuk semakin terasing daripada kesinambungan makna dan akar nilai. Seni bina, yang dahulunya kaya dengan ekspresi geografi dan budaya setempat, kini cenderung menjadi universal dan homogen, terputus daripada konteks yang menjadikannya bermakna. Sebagai tindak balas terhadap keadaan ini, kajian ini mengusulkan integrasi antara biomimikri dan Kod Jawi sebagai satu alternatif untuk membina semula bahasa reka bentuk seimbang antara fungsi dan makna dengan ilmu naqli. Biomimikri membawa prinsip fungsi alam yang lestari, manakala kod Jawi menawarkan struktur makna yang berakar daripada al-Qur’an. Gabungan kedua pendekatan ini membolehkan penelitian terperinci terhadap alam penciptaanNya bagi menghasilkan pelbagai inovasi reka bentuk baru yang lebih bermakna. Menggunakan pendekatan kualitatif, kajian ini menjalankan analisis kandungan terhadap sumber terpilih daripada kajian semasa. Manakala Teori Kod Jawi digunakan sebagai kerangka huraian untuk menelusuri kemungkinan hubungan antara sistem dan prinsip semula jadi dalam reka bentuk. Dapatan menunjukkan bahawa Kod Jawi membuka perspektif baharu terhadap biomimikri, menjadikan alam bukan sekadar sumber fungsi tetapi juga ruang makna yang boleh dihuraikan. Ia membentuk satu kemungkinan epistemologi reka bentuk yang lebih menyeluruh. Kajian ini mencadangkan agar integrasi biomimikri dan Kod Jawi dikembangkan sebagai asas kepada bahasa reka bentuk islamik yang kontekstual dan berakar nilai. Penyelidikan lanjutan disarankan untuk menguji aplikasinya dalam amalan reka bentuk dan teori seni bina Islam kontemporari.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-30

How to Cite

Abdul Latip , N. S., Yahya , A. S., Ismail, A. I., & Yusoff , A. M. (2025). Konsep biomimikri dalam senibina berdasarkan pemahaman kontemporari dan kod Jawi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 668–685. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3860