Metodologi penggunaan hadis: Tinjauan terhadap surah Al-Falaq dan Al-Kafirun dalam tafsir Juz 'Amma karangan Syeikh Jamain Abdul Murad

Authors

  • Muhammad Shollehin Mamat Pekri Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
  • Mohd Nor Adzhar Ibrahim Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
  • Zamrie Ibrahim @ Musa Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia

Keywords:

Tafsir Juz Amma, Jamain Abdul Murad, metodologi hadis, tafsir Nusantara

Abstract

Penafsiran al-Quran sering melibatkan pelbagai pendekatan dan sumber rujukan yang membantu memahami maksud sebenar wahyu Ilahi. Salah satu sumber yang penting dalam tradisi tafsir ialah hadis Nabi SAW yang berperanan sebagai penjelas dan penguat makna ayat-ayat al-Quran. Artikel ini bertujuan untuk meneliti kaedah dan pendekatan penggunaan hadis dalam pentafsiran dua surah penting, iaitu Surah al-Falaq dan Surah al-Kafirun, berdasarkan karya Tafsir Juz Amma karangan Syeikh Jamain Abdul Murad, seorang tokoh ulama Nusantara dari Sumatera Barat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan terhadap kitab tafsir berkenaan. Secara khusus, kajian ini juga menganalisis aspek metodologi penggunaan hadis oleh Jamain Abdul Murad, termasuk tahap kesahihan hadis yang digunakan, cara penulisan dan penyusunan hadis dalam tafsir. Hasil kajian mendapati bahawa beliau menggunakan hadis sebagai sumber sokongan untuk memperkukuh makna ayat al-Quran dari sudut akidah, spiritual, dan amalan harian. Namun, pendekatannya cenderung bersifat ringkas dan popular, dengan penyebutan hadis yang tidak selalu disertai dengan sanad lengkap atau perawi secara terperinci. Kajian ini menyerlahkan peranan penting hadis dalam mendukung kefahaman tafsir di alam Melayu serta membuka ruang perbincangan tentang kepentingan ketelitian dalam penggunaan sumber hadis dalam karya tafsir tempatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-30

How to Cite

Mamat Pekri, M. S., Ibrahim, M. N. A., & Ibrahim @ Musa, Z. (2025). Metodologi penggunaan hadis: Tinjauan terhadap surah Al-Falaq dan Al-Kafirun dalam tafsir Juz ’Amma karangan Syeikh Jamain Abdul Murad. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 613–328. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3856