Budaya pengamalan tarannum Al-Quran di Malaysia: Tradisi, transformasi dan kontemporari
Keywords:
Budaya, Pengamalan, TarannumAbstract
Pengamalan seni tarannum sudah menjadi budaya yang sinonim dengan masyarakat Islam di Malaysia. Namun, masyarakat kurang didedahkan tentang latar belakang budaya pengamalan tarannum yang sudah lama bertapak di Malaysia. Justeru kajian ini bertujuan untuk memberi fokus terhadap budaya pengamalan tarannum di Malaysia dengan meneliti tiga dimensi utama iaitu tradisi, transformasi dan konteks kontemporari yang membentuk kedudukannya dalam masyarakat islam. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga bentuk pengamalan utama yang mencorakkan perkembangan tarannum di Malaysia iaitu pengaruh gaya alunan Misri, penganjuran Majlis Tilawah al-Quran, serta pengaruh anak muda dalam mempromosikan tarannum melalui media sosial. Implikasi daripada bentuk pengamalan memperlihatkan peningkatan minat masyarakat terhadap seni tarannum dan qari-qari muda muncul sebagai ikon yang memberi inspirasi kepada generasi Baharu dari sudut bacaan, akhlak, dan latar belakang Pendidikan mereka. Kajian ini membantu untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang latar belakang budaya pengamalan tarannum di Malaysia dan menegaskan bahawa budaya ini bukan sahaja menjadi warisan tradisi, tetapi juga mampu berfungsi sebagai medium dakwah yang relevan dalam mendepani cabaran zaman moden.










