Peranan Tuan Guru Abdul Basit bin Mahmud dalam memperkasa tradisi keilmuan dan pengajian pondok di Selatan Thailand

Authors

  • Abdulloh Salaeh KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
  • Amran Abdul Halim KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
  • Adnan Mohamed Yusoff KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
  • Nidzamuddin Zakaria KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
  • Walid Mohd Said KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
  • Syed Najihuddin Syed Hassan KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia

Keywords:

Tuan Guru Abdul Basit Mahmud, tradisi keilmuan, budaya ilmu, masyarakat Yala, Selatan Thailand

Abstract

Kajian ini meneliti peranan Tuan Guru Abdul Basit bin Mahmud dalam memperkasakan tradisi keilmuan dan pengajian pondok di Selatan Thailand, dengan tumpuan khusus di Daerah Yaha, wilayah Yala. Ilmu merupakan asas pembinaan tamadun serta kemajuan masyarakat, sebagaimana ditegaskan dalam pelbagai hadis Nabi SAW yang menekankan keutamaan penuntut ilmu dan kemuliaan ulama sebagai pewaris para Rasul. Sejak kedatangan Islam ke Nusantara melalui para pedagang Arab sejak berabad-abad yang lalu, institusi pondok telah memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran ilmu, pembentukan sahsiah dan bimbingan rohani masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini turut menekankan kepentingan memperkenalkan tokoh tersebut kepada masyarakat berdasarkan keilmuannya yang berteraskan pendidikan pondok. Dalam konteks tersebut, Tuan Guru Abdul Basit bin Mahmud muncul sebagai salah seorang tokoh ulama tersohor yang berperanan penting dalam meneruskan kesinambungan tradisi pendidikan Islam di wilayah terbabit. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual, analisis dokumen sejarah dan pemerhatian bagi memperoleh data yang holistik berkaitan ketokohan beliau, metodologi pengajaran serta sumbangan beliau kepada komuniti setempat. Hasil kajian menunjukkan bahawa beliau memberikan impak yang signifikan dalam memperkasa ilmu agama, khususnya dalam bidang ibadat, muamalat, munakahat dan pembentukan sahsiah masyarakat. Sumbangan beliau bukan sahaja menghidupkan kembali budaya keilmuan tradisi pondok, malah turut menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan komuniti Islam di wilayah Yala secara berterusan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-30

How to Cite

Salaeh, A., Abdul Halim, A., Mohamed Yusoff, A., Zakaria, N., Mohd Said, W., & Syed Hassan, S. N. (2025). Peranan Tuan Guru Abdul Basit bin Mahmud dalam memperkasa tradisi keilmuan dan pengajian pondok di Selatan Thailand. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 547–460. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3851