Tawjih Repitisi Lafaz Hamdalah Pada Fawatih Al-Suwar Menurut Pandangan Ibn Asyur Dalam Al-Tahrīr Wa Al-Tanwīr.
Keywords:
Hamdalah, Fawatih al-Suwar, Ibn Asyur, al-Tahrir wa al-TanwirAbstract
Lafaz hamdalah merupakan antara lafaz yang berulang di dalam Al-Quran, sebahagiannya berulang pada pembukaan sesuatu surah iaitu Fawatih al-Suwar. Repitisi lafaz ini mengundang persoalan mengenai kaitan di antara repitisi lafaz hamdalah tersebut dengan intipati dan mesej sesebuah surah dalam Al-Quran. Perbahasan ini merupakan antara sebahagian dari peranan dan tugas seseorang ahli tafsir. Ibn Asyur yang merupakan seorang ahli tafsir yang terkenal yang menguasai segenap ilmu dan antara sumbangannya dalam bidang penulisan ialah tafsirnya al-Tahrir wa al-Tanwir. Namun, kajian berkenaan dengan tawjih repitisi lafaz hamdalah pada Fawatih al-Suwar masih belum dianalisis dengan sewajarnya. Tambahan pula, kajian secara khusus berkenaan dengan repitisi lafaz hamdalah secara analitis dilihat masih kurang diambil perhatian oleh para pengkaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tawjih repetisi verbal lafaz hamdalah dalam Fawatih al-Suwar menurut pandangan Ibn Asyur. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan metode induktif analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebanyak 5 repitisi lafaz Hamdalah pada Fawatih al-Suwar iaitu 5 surah iaitu Al-Fatihah, Al-An’am, Al-Kahf, Saba’ dan Fatir dan kesemuanya adalah surah Makkiyyah. Kajian mendapati bahawa Ibn Asyur telah menyatakan tawjih bagi setiap repitisi tersebut dengan hujah pendapat beliau dalam al-Tahrir wa al-Tanwir. Menerusi kajian ini dapat disimpulkan bahawa Ibnu Asyur sangat menitikberatkan aspek repitisi lafaz Hamdalah pada Fawatih al-Suwar.










