Tarbiyah ruhiyah menurut wasiat Syeikh Abdul Salam Yassin: Asas pembentukan individu dan gerakan dakwah Islam

Authors

  • Norhasnira Ibrahim KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
  • Adnan Mohamed Abdullah Shalash Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia,
  • Helimy Aris Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia,
  • Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia,
  • Siti Mardhiyah Kamal Azhar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia,
  • Syed Najihuddin Syed Hassan 6KUP Kearifan Nusantara, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Keywords:

Tarbiyah ruhiyah,, Syeikh Abdul Salam Yassin, dakwah Islam

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan peranan tarbiyah ruhiyah (pendidikan kerohanian) dalam dokumen Wasiat Syeikh Abdul Salam Yassin, seorang tokoh reformis Islam dari Maghribi yang juga pengasas Gerakan al-‘Adl wa al-Ihsan (Keadilan dan Kebajikan). Wasiat ini ditulis sebagai pesanan terakhir beliau kepada umat Islam dan penggerak dakwah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur-unsur utama tarbiyah ruhiyah yang terkandung dalam wasiat tersebut serta menganalisis hubungan antara mesej-mesej kerohanian ini dengan asas dakwah yang dibawa oleh beliau. Lima unsur utama yang dikenal pasti ialah taubat dan istighfar, solat dan zikir, tazkiyah al-nafs, sabar dan ketabahan, serta tafakkur dan tadabbur. Setiap unsur ini disokong dengan petikan wasiat dan dihuraikan secara analitik. Kajian ini juga menyorot kepentingan tarbiyah ruhiyah dalam pembentukan diri pendakwah serta hubungannya dengan agenda reformasi sosial, politik dan pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan Syeikh Abdul Salam Yassin sangat menekankan aspek kerohanian sebagai asas segala bentuk reformasi. Oleh itu, wasiat ini wajar dijadikan rujukan utama dalam merangka semula pendekatan dakwah Islam secara holistik dan mendalam.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-30

How to Cite

Ibrahim, N., Shalash, A. M. A., Aris, H., Mohd Hamdan, M. A., Kamal Azhar, S. M., & Syed Hassan, S. N. (2025). Tarbiyah ruhiyah menurut wasiat Syeikh Abdul Salam Yassin: Asas pembentukan individu dan gerakan dakwah Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 516–525. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3849