Hak asasi manusia antara perspektif Islam dan Barat: Analisis ideologi, keadilan dan falsafah

Authors

  • Mohamad Hasmimie Mohd Yusof Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Safiah Abd Razak Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Mohd Zulfakar Mat Jusoh Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia

Keywords:

Ideologi, Keadilan, Hak Asasi Manusia, Antroposentrik, Teosentrik

Abstract

Kajian ini menganalisis pertembungan ideologi, falsafah, dan nilai antara konsep Hak Asasi Manusia (HAM) menurut perspektif Islam dan Barat. Walaupun kedua-duanya mengangkat prinsip keadilan dan maruah manusia sebagai asas kemanusiaan sejagat, perbezaan ketara muncul pada aspek ontologi, epistemologi, dan aksiologi yang membentuk worldview masing-masing. HAM Barat berakar daripada falsafah liberal-sekular dan humanisme yang bersifat antroposentrik, meletakkan manusia sebagai sumber nilai moral dan kebebasan individu sebagai hak mutlak. Sebaliknya, Islam berpaksikan paradigma teosentrik berasaskan tauhid dan maqāṣid al-sharīʿah, yang menafsirkan hak sebagai amanah Ilahi yang terikat dengan tanggungjawab sosial dan moral. Kajian ini merupakan kajian konseptual berasaskan falsafah normatif yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan perbandingan falsafah, dengan meneliti deklarasi antarabangsa seperti Universal Declaration of Human Rights (UDHR) serta teks-teks tradisi Islam klasik dan kontemporari. Hasil analisis mendapati bahawa perdebatan utama tertumpu pada tiga isu kritikal: (1) kebebasan beragama dan hak murtad, (2) kesetaraan gender dan feminisme, dan (3) pelaksanaan hukum syariah yang sering dianggap bercanggah dengan piawaian HAM antarabangsa. Walau bagaimanapun, kajian ini juga menemukan titik persamaan dalam nilai-nilai sejagat seperti keadilan (‘adl), maruah manusia (karāmah insāniyyah), dan hak untuk hidup (ḥifẓ al-nafs). Dari segi teori, dapatan menunjukkan bahawa konflik antara HAM Islam dan Barat berpunca daripada asas epistemologi yang berbeza antara rasionalisme sekular melawan wahyu tauhidi. Kajian ini menegaskan bahawa maqāṣid al-sharīʿah mampu berperanan sebagai jambatan konseptual dalam membina dialog peradaban yang lebih seimbang antara dunia Islam dan Barat, dengan menekankan bahawa hak mesti disertai tanggungjawab serta berasaskan keadilan Ilahi, bukan semata-mata kebebasan individu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-29

How to Cite

Mohd Yusof, M. H., Abd Razak, S., & Mat Jusoh, M. Z. (2025). Hak asasi manusia antara perspektif Islam dan Barat: Analisis ideologi, keadilan dan falsafah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 435–452. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3841