Peranan pendidikan iman kepada para Rasul dalam membina generasi Rabbani abad 21

Authors

  • Safiah Abd Razak Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Km 8 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang MALAYSIA
  • Yunan Abdul Samad Hal Ehwal Agama, Pejabat Menteri Besar Negeri Pahang.
  • Mohd. Hasmimie Mohd Yusof Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Km 8 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang MALAYSIA

Keywords:

Pendidikan Islam, Pendidikan Iman, Iman kepada Rasul, Generasi Rabbani, abad 21

Abstract

Keimanan kepada para rasul merupakan salah satu aspek   utama dalam pendidikan akidah Islam.  Pendidikan Islam yang lengkap adalah berteraskan kepada ketauhidan serta berpaksikan rukun iman yang enam. Dalam konteks abad ke-21 yang penuh dengan cabaran globalisasi, sekularisasi dan krisis nilai kemanusiaan, pendidikan iman kepada para rasul dilhat memberikab sumbangan dalam membina generasi rabbani yang seimbang dari segi intelektual, rohani dan akhlak. Keimanan kepada para rasul  mempunyai potensi bagi membina  generasi rabbani abad 21. Kajian ini  bertujuan  membincangkan peranan pendidikan keimanan kepada para rasul dalam membentuk insan rabbani khususnya generasi rabbani umat Islam abad 21 yang sangat mencabar. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif yang mengaplikasi kaedah analisis dokumen. Data-data dikumpul daripada kamus, buku, jurnal, kajian ilmiah dan eksiklopaedia. Dapatan kajian merumuskan bahawa terdapat beberapa elemen  yang wujud pada diri seorang Muslim kesan daripada penghayatan iman kepada para rasul. Elemen utama yang dapat digarap melalui kekuatan iman kepada rasul adalah  penyuburan nilai akhlak dan ketaqwaan, pemerkasaan  semangat dakwah dan pemantapan  daya tahan menghadapi cabaran zaman moden, pengukuhan nilai kepimpinan positif dan pemerkasaan penyucian jiwa.  Elemen-elemen positif yang terbina dalam diri seorang Mukmin akhirnya berpotensi membentuk  generasi rabbani yang menyumbang kepada kebaikan ummah. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat agar lebih menghayati nilai iman kepada para rasul, membina kesedaran masyarakat akan kepentingan mengukuhkan pendidikan iman kepada para rasul seterusnya membantu masyarakat khususnya generasi muda   mendepani cabaran abad ke 21.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-29

How to Cite

Abd Razak, S., Abdul Samad , Y., & Mohd Yusof, M. H. (2025). Peranan pendidikan iman kepada para Rasul dalam membina generasi Rabbani abad 21. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 396–412. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3838