Kesan penglibatan dalam pusat aktiviti dan kegiatan warga emas terhadap kesejahteraan warga emas: Perbandingan antara Malaysia dan Brunei

Authors

  • Norfadelah Nordin Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Kuantan 25150, Malaysia
  • Nurol Halimatulwara' Mumin Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Simpang 373, Bandar Seri Begawan, Brunei
  • Siti Marsitah Mohd Mokhtar Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Kuantan 25150, Malaysia
  • Syazwani Husin Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Kuantan 25150, Malaysia
  • Nurul Izati Akma Abdullah Sidek Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Kuantan 25150, Malaysia
  • Juwairiah Hassan Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Kuantan 25150, Malaysia
  • Abdul Qahhar Ibrahim Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus 21300, Malaysia

Keywords:

kesejahteraan warga emas, PAWE, PKWE, penglibatan sosial, gerontologi, Malaysia, Brunei

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti kesan penglibatan warga emas dalam Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Malaysia dan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di Brunei terhadap kesejahteraan mereka dari perspektif sosial, emosi dan psikologi. Pendekatan kualitatif digunakan dengan reka bentuk kajian kes (case study). Data dikumpul melalui analisis dokumen, temu bual separa berstruktur dan pemerhatian di dua buah PAWE di Malaysia serta dua buah PKWE di Brunei yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Temu bual melibatkan pengurus pusat dan warga emas yang aktif mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan. Dapatan menunjukkan bahawa penglibatan aktif warga emas dalam aktiviti sosial, rekreasi dan keagamaan memberi kesan positif terhadap kesejahteraan emosi, harga diri serta hubungan sosial mereka. Walau bagaimanapun, perbezaan struktur pentadbiran dan budaya masyarakat antara Malaysia dan Brunei turut mempengaruhi corak penyertaan warga emas. Kajian ini menegaskan kepentingan memperkukuh sokongan institusi dan komuniti bagi memastikan kesejahteraan warga emas dapat dipertingkat secara berterusan di kedua-dua negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-29

How to Cite

Nordin, N., Mumin, N. H., Mohd Mokhtar, S. M., Husin, S., Abdullah Sidek, N. I. A., Hassan, J., & Ibrahim, A. Q. (2025). Kesan penglibatan dalam pusat aktiviti dan kegiatan warga emas terhadap kesejahteraan warga emas: Perbandingan antara Malaysia dan Brunei. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 384–395. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3837